Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459163
Title: | Sejarah hubungan dawlah Uthmaniyyah dan Kerajaan Aceh pada abad ke - 16M |
Authors: | Azura Karim (P56871) |
Supervisor: | Ermy Azziaty Rozali, Dr. |
Keywords: | Dawlah Uthmaniyyah Kerajaan Aceh Nanggroe Aceh Darussalam (Indonesia)-Foreign relations-Turkey-16th century |
Issue Date: | 28-Feb-2013 |
Description: | Abad ke-16M merupakan era kecemerlangan dawlah cUthmaniyyah sebagai sebuah dawlah Islam yang hebat. Ia dianggap sebagai pemimpin dunia Islam. Pada abad ke-16M dawlah cUthmaniyyah mencapai kejayaan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang meliputi benua Asia dan Eropah. Hubungan dawlah cUthmaniyyah dan Alam Melayu secara rasminya dimulakan oleh kerajaan Aceh. Kajian ini membincangkan sejarah hubungan antara dawlah cUthmaniyyah dan kerajaan Aceh pada abad ke-16M. Hubungan antara dawlah cUthmaniyyah dan kerajaan Aceh dibina atas beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah faktor agama, politik dan ketenteraan serta perdagangan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor dan latar belakang hubungan antara kedua buah kerajaan ini dan meneliti maklumat sejarah yang berkaitan dengan hubungan tersebut. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menilai kepentingan dan kesan dari jalinan hubungan ini. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan menjadikan kajian kepustakaan dan pemerhatian ke Aceh sebagai instrumen bagi mengumpul data kajian. Dapatan kajian berjaya menjelaskan dengan lebih lanjut hubungan antara dawlah cUthmaniyyah dengan kerajaan Aceh pada abad ke-16M. Aspek agama, politik dan ketenteraan serta perdagangan merupakan faktor penyumbang kepada terbinanya hubungan antara keduanya. Kesan dan pengaruh dari hubungan ini pula dapat dilihat dari aspek karya kesusasteraan yang ditulis oleh penulis-penulis di Aceh. Kesan dari hubungan keduanya juga telah memajukan aspek ketenteraan kerajaan Aceh. Hubungan dari aspek politiknya pula berlanjutan sehingga ke hari ini, terutamanya selepas peristiwa tsunami di Aceh pada tahun 2004.,Master / Sarjana |
Pages: | 122 |
Call Number: | DS646.15.A8.A98 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84734+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.