Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459159
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaizul Ab. Rahman, Dr.
dc.contributor.authorRafiza Mohamed (P58353)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:20Z-
dc.date.issued2013-07-18
dc.identifier.otherukmvital:84600
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459159-
dc.descriptionSetiap individu mempunyai sikap bawaan masing-masing yang dikenali sebagai tret personaliti berasaskan lima kontinum iaitu ekstraversi, neurotisme, keterbukaan, kehematan dan kesetujuan. Gelandangan adalah golongan yang dikaitkan dengan individu yang mempunyai masalah personaliti akibat daripada faktor pengganggu seperti demografi, ekonomi serta persekitaran. Gelandangan yang ditempatkan dalam satu Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah dikatakan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan yang teratur dan berdisiplin serta lebih selesa dengan kehidupan silam yang menjadi kebiasaan mereka. Sehubungan dengan itu religiositi yang terdiri daripada tiga ciri penting iaitu akidah, ibadah dan akhlak didakwa oleh para sarjana mempunyai kaitan apabila seseorang itu mempunyai masalah dari sudut personaliti. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti gelandangan Muslim menggunakan teori Lima Faktor (Big Five Theory) serta tahap amalan beragama dalam kalangan gelandangan Muslim di Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah menerusi teori religiositi yang sedia ada serta hubungan kedua-duanya. Kajian ini berbentuk kualitatif dan melibatkan kajian lapangan di Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah, Jalan Lekiu Kuala Lumpur. Teknik pengumpulan data secara triangulasi yang melibatkan temu bual tidak berstruktur digunakan ke atas sepuluh orang gelandangan Muslim bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang fokus perbincangan di samping kaedah pemerhatian dan lukisan projektif (Human Figure Drawing). Sebanyak enam tema yang telah dikenal pasti dalam kajian ke atas responden iaitu emosi, tabiat, interaksi sosial, akidah, ibadah dan akhlak. Hasil kajian mendapati bahawa religiositi mempengaruhi tret personaliti dan religiositi responden berada pada tahap rendah manakala tret personaliti berada pada kontinum negatif yang agak sama walaupun berbeza gender. Kajian ini mempunyai nilai dalam pembentukan modul gelandangan Muslim Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah khususnya dan gelandangan lain amnya bagi mencari solusi yang tepat dan berkesan serta membantu pihak Yayasan Kebajikan Negara dalam usaha mereka menyelamatkan gelandangan tegar di sekitar Kuala Lumpur.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectGelandangan Muslim
dc.subjectHomelessness - Religious aspects - Islam.
dc.titleTret personaliti dan religiositi gelandangan muslim Pusat Rujukan Intervensi Anjung Singgah
dc.typetheses
dc.format.pages239
dc.identifier.callnoHV4602.6.K84R335 2013
dc.identifier.barcode001940
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84600+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.