Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459155
Title: | Metode penetapan hukum dalam mazhab al-Shafi'iyy berdasarkan wujuh al-qira'at |
Authors: | Mohd Hakim Mothar Rijan (P50559) |
Supervisor: | Sabri Bin Mohamad, Ustaz Dr |
Keywords: | Shafiites |
Issue Date: | 21-May-2013 |
Description: | Wujah al-qiraat merupakan gaya-gaya bacaan al-Quran yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai kemudahan kepada umat Islam. Gaya-gaya bacaan tersebut dilihat telah memberi kesan terhadap pengamalan umat Islam dari sudut pengambilannya sebagai hujah dalam penetapan hukum fiqh. Bagaimanapun, metode pengambilan dan kesan gaya-gaya al-qiraat tersebut tidak diterangkan secara jelas dan mendalam dalam kitab-kitab fiqh. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji metode penetapan hukum dalam mazhab al-Shaficiyy berdasarkan wujah al-qiraat. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti metodologi dan kaedah yang digunakan dalam mazhab al-Shaficiyy serta kesan-kesan hukum yang terhasil daripada gaya-gaya qiraat. Kajian tertumpu kepada khilaf-khiaf yang terdapat dalam fiqh ibadat dengan mengkaji kesan-kesan gaya al-qiraat terhadap hukum-hukum fiqh. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengumpul data-data dan maklumat yang berkaitan, diolah serta dianalisa satu persatu. Rujukan utama dalam kajian ini adalah dari kitab-kitab al-qiraat yang muctabar, tafsir-tafsir al-Qur'an dan kitab-kitab fiqh khususnya dalam mazhab al-Shaficiyy. Hasil kajian dapat mengenalpasti beberapa metode yang digunakan oleh ulama mazhab al-Shaficiyy sebagai rujukan dalam menilai gaya-gaya al-qiraat tersebut. Penggunaan gaya-gaya al-qiraat tersebut banyak tertumpu kepada al-qiraat mutawatirah, walaupun terdapat juga penggunaan al-qiraat shadhdhah dalam beberapa permasalahan. Ikhtiaf gaya-gaya al-qiraat tersebut menjadi salah satu sebab berlakunya perbezaan dalam penetapan sesuatu hukum di sisi ulama fiqh. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan gaya-gaya al-qiraat mempunyai fungsi dan peranan yang besar sebagai sandaran dan rujukan hukum-hukum dalam Islam.,Master / Sarjana |
Pages: | 115 |
Call Number: | BP153.M844 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84565+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.