Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459153
Title: | Perkembangan gerakan Syiah di Kedah |
Authors: | Qurrotul Ain Shuib (P57603) |
Supervisor: | Ahmad Munawar Ismail, Dr. |
Keywords: | Shiites -- Malaysia -- Kedah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Nov-2013 |
Description: | Malaysia ialah negara yang mengamalkan ajaran Ahli Sunah Waljamaah. Perbincangan mengenai Syiah semakin meluas dalam kalangan para sarjana terutamanya setelah Revolusi Iran pada tahun 1979 dan seringkali menimbulkan perdebatan kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunah Waljamaah. Pertentangan ini telah menyebabkan perpecahan politik yang akhirnya membawa kepada perbezaan politik dan undang-undang, amalan ibadat dan akhirnya doktrin agama. Kajian ini bertujuan mengkaji konsep, sejarah dan perkembangan Syiah, mengkaji perkembangan gerakan Syiah di Kedah dan mengenalpasti gerakan Syiah yang terdapat di Kedah. Kajian ini memilih Husainiyah az-Zahra' yang terletak di daerah Pendang sebagai lokasi kajian. Tiga jenis teknik digunakan untuk pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data yang diperoleh dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gerakan ini sememangnya wujud dan mula berkembang pada awal tahun 1990-an serta bergerak aktif di Kedah. Dapatan juga menunjukkan belum wujud kekacauan antara pengikut Syiah dan Ahli Sunah Waljamaah. Namun, kebelakangan ini mula muncul gerakan Syiah dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beragama Islam. Implikasi daripada kajian ini ialah dapat membantu dalam mendedahkan maklumat mengenai perkembangan Syiah di Kedah selain dapat menyumbangkan maklumat kepada pihak yang berwajib agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap gerakan Syiah di Kedah.,Master / Sarjana |
Pages: | 101 |
Call Number: | BP193.Q847 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84563+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.