Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459152
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIndriaty Ismail, Dr.
dc.contributor.authorMohd Zuhaili Kamal Basir (P53122)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:03Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:03Z-
dc.date.issued2013-08-02
dc.identifier.otherukmvital:84562
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459152-
dc.descriptionKejayaan gagasan sosialis Marxisme dalam membentuk model kerajaan Komunis Soviet Union di Rusia telah menginspirasikan revolusi nasional di Timur Tengah. Perkembangan ideologi revolusi Marxisme di Iraq difokuskan kepada perjuangan Parti Bacath (1968-2003) dan hubung kaitnya dengan fahaman Marxisme dari perspektif manifesto dan pelan tindakan. Walau bagaimanapun, ideologi Bacathisme yang dipegang oleh Michel Aflaq menolak konsep penjuangan kelas Karl Marx. Kajian ini meninjau pengaruh fahaman sosialis Marxisme yang mendukung konsep revolusi proletariat dalam mencorak perjalanan politik dan ekonomi rejim Bacath di Iraq dalam konteks struktur masyarakat feudalis. Objektif utama kajian adalah menganalisis kemunculan dan perkembangan sosialis Marxisme di Timur Tengah dengan memfokuskan kepada idea-idea Marxisme dalam Parti Bacath di Iraq. Metodologi utama kajian ialah analisis dokumen dari sumber primer dan skunder yang terdiri dari ensiklopedia sejarah, karya-karya Karl Marx dan pemimpin-pemimpin aliran Pasca-Marxisme, jurnal dan Congressional Research Service Reports (CRS) berkaitan modus operandi sosial Parti Bacath. Hasil kajian mendapati pengaruh aliran sosialis Marxisme telah menyerapi Parti Bacath dalam dua perspektif iaitu sentimen diktator dalam revolusi rakyat dan aspek sekularisasi. Aspek diktator rejim Bacath diinspirasi dari model The Dictatorship of Proletariat Karl Marx dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk revolusi kepartian oleh Lenin dan Stalin. Pendekatan Saddam Hussein untuk mengekalkan penguasaanya di Iraq adalah refleksi aspek ini ketika berhadapan dengan krisis perjuangan etnik Arab-Kurdish dan Sunni-Syiah. Aspek sekularisasi pula ditonjolkan oleh rejim Bacath pada tahun 1970 di mana pindaan terhadap perlembagaan sementara 1968 telah memperkenalkan undang-undang sekular, lantas membangkitkan kemarahan golongan ulama Syiah dan menunjukkan reaksi protes mereka melalui model Revolusi Islam Iran. Kedua-dua aspek tersebut telah mencetuskan elemen birokrasi berpusat yang merancakkan lagi konsep Pan-Arabisme di Timur Tengah.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectCommunism-Iraq
dc.titleFahaman sosialis marxisme dan perkembangan di Iraq
dc.typetheses
dc.format.pages270
dc.identifier.callnoHX385.M849 2013
dc.identifier.barcode001935
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84562+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.