Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459151
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhd Najib Abdul Kadir, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Ridhuwan Remly (P58649)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:00Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:00Z-
dc.date.issued2013-08-01-
dc.identifier.otherukmvital:84561-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459151-
dc.descriptionAl-Qur'an telah mengungkapkan jenis kelamin seseorang. Bagaimanapun, setiap kalimah dalam al-Qur'an mempunyai pelbagai makna yang memerlukan kajian secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keadaan manusia serta keadilan Islam terhadapnya dan mengenalpasti kalimah al-Qur'an yang merujuk kepada lelaki dan perempuan serta menganalisis kosakata kalimah dalam al-Qur'an yang berkaitan dengan istilah yang merujuk kepada lelaki dan perempuan. Kajian ini berbentuk kajian analisis kandungan iaitu dengan cara mengumpulkan ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan dengan kalimah lelaki dan perempuan dan menganalisis setiap makna melalui pandangan ulama serta asbab al-nuzul. Hasil kajian ini diperoleh melalui pengumpulan kalimah yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan dalam al-Qur'an. Kalimah al-rajul telah memberi beberapa makna seperti makna lelaki, suami, tokoh masyarakat, hamba dan juga bermakna nabi dan rasul. Begitu juga kalimah al-nisa' dengan makna isteri dan juga perempuan. Terdapat juga kalimah-kalimah yang mempunyai hubungan antara satu sama lain seperti kalimah al-zawj dan al-zawjah. Dengan dua kalimah ini ia bukan sahaja merujuk kepada manusia tetapi juga merujuk kepada pasangan makhluk-makhluk lain seperti pasangan terhadap tumbuh-tumbuhan, pasangan terhadap haiwan dan pasangan bagi semua makhluk. Kalimah al-abb yang bermakna ayah, tetapi terdapat juga makna lain disebalik kalimah ini seperti makna orang tua dan juga nenek moyang, begitu juga dengan kalimah al-umm pada dasarnya bermakna ibu kandung, tetapi terdapat makna lain bagi kalimah ini seperti makna tempat tinggal dan juga bermakna bahan utama kepada sesuatu perkara. Semua kalimah ini boleh difahami melalui penafsiran asbab al-nuzul dan juga pandangan ulama mengenainya. Dengan cara menganalisis kosakata kalimah akan memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat makna-makna yang tersirat disebalik perkataan yang merujuk kepada lelaki dan perempuan dalam al-Qur'an. Semua ini memerlukan kepada konsep tadabbur ayat-ayat al-Qur'an kerana ia menghasilkan sesuatu yang menarik kepada pembaca dan pengkaji.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an-Language-
dc.subjectstyle-
dc.titleAnalisis kosakata lelaki dan perempuan dalam al-Qur'an-
dc.typetheses-
dc.format.pages132-
dc.identifier.callnoPJ6696.M847 2013-
dc.identifier.barcode001934-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84561+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.