Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459146
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zamro Muda | |
dc.contributor.author | Nurulhuda Ibrahim (P56991) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:44:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:44:48Z | - |
dc.date.issued | 2013-09-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84557 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459146 | - |
dc.description | Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merupakan suatu jabatan di bawah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia. Skop yang dikaji dalam kajian ini ialah mengenai wang tak dituntut yang tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan (Pindaan) 2002 Akta 370. Akta ini diwujudkan bagi mengelakkan wang tak dituntut dimonopoli oleh syarikat atau firma, sebaliknya diurus tadbir oleh kerajaan untuk kemaslahatan rakyat. Bagaimanapun isu wang dan harta tak dituntut bukan suatu isu yang baru. Ia telah lama diutarakan sama ada menerusi laporan akhbar, kertas kerja persidangan mahupun artikel penerbitan. Sehingga kini dianggarkan hampir RM42 bilion harta belum dituntut dilaporkan berada di pelbagai institusi pengamanahan di seluruh negara yang terdiri daripada harta alih dan tak alih. Menurut laporan akhbar sehingga Februari 2011 sebanyak RM4 bilion hasil keuntungan simpanan di institusi kewangan dan dana persaraan belum dituntut oleh waris. Lebih merugikan apabila ketiadaan peruntukan yang jelas untuk menyalurkan harta tersebut kepada Baitulmal untuk kemaslahatan umat Islam. Objektif kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti kedudukan wang tak dituntut milik orang Islam menurut perundangan Islam, mengenal pasti hubung kait antara harta luqatah dan wang tak dituntut dan menganalisis kes yang tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 antara tahun 2007-2011. Analisis secara komparatif turut digunakan bagi mencari perbezaan kedudukan harta tak dituntut menurut perspektif Islam dan sivil. Metodologi kajian ialah secara analisis dokumen dan temubual separa struktur. Analisis dibuat terhadap undang-undang Malaysia, kes-kes berkaitan dan pendapat para fuqaha' terhadap takrif berkenaan konsep harta tak dituntut. Data-data tersebut dianalisis secara deskriptif. Secara umumnya, kajian mendapati wang tak dituntut hampir mempunyai hubung kait dengan luqatah sebagaimana yang dibincangkan dalam perundangan Islam. Namun kuasa itu masih kabur bagi menjamin hak tersebut. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kerajaan perlu mengkaji semula peruntukan yang sedia ada dan memperluaskan sumber Baitulmal. Seterusnya harta-harta tersebut dapat digunakan bagi menjana ekonomi umat Islam.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Harta tak dituntut | |
dc.title | Pengurusan harta tak dituntut menurut perspektif Islam: kajian di Jabatan Akauntan Negara Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 113 | |
dc.identifier.callno | BP158.L67.N846 2013 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001930 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84557+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.