Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459145
Title: | Pembiayaan Islam di SME Bank Bhd terhadap perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia |
Authors: | Siti NoorAsilah Mohamed Azlan (P52487) |
Supervisor: | Shofian Ahmad, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Loans (Islamic law) |
Issue Date: | 5-Sep-2013 |
Description: | Perusahaan Kecil dan Sederhana yang memberangsangkan di Malaysia menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi keseluruhan. Bagaimanapun, terdapat kekangan yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia yang berkaitan dengan perkembangan dan perlaksanaan sumber modal dan dana. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah institusi kewangan pembangunan yang dikenali sebagai SME Bank Bhd yang beroperasi sebagai sebuah agensi kewangan yang diamanahkan untuk membangunkan dan meningkatkan potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Majoriti daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia adalah usahawan beragama Islam. Maka SME Bank Bhd bertanggungjawab dalam menyediakan peluang dan sumber yang mencukupi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui perkhidmatan kewangan dari segi pemberian modal dan pembiayaan mikro Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan dan perlaksanaan yang disediakan untuk membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia, mengenalpasti peranan SME Bank Bhd dalam membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia serta menganalisis bentuk-bentuk pembiayaan mikro Islam terkenal seperti ijārah, bayͨ bi thaman ājil dan murābahah di SME Bank Bhd. Data yang dikumpul melalui kajian kepustakaan dan penganalisisan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan SME Bank Bhd masih perlu melakukan penambahbaikan dalam pembiayaan kewangan Islam bagi meningkatkan prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan kewujudan sistem pembiayaan Islam adalah berlandaskan syariat Islam dan tiada pencanggahan nyata kerana SME Bank Bhd menyediakan prosedur garis panduan yang jelas dan terperinci.,Master / Sarjana |
Pages: | 110 |
Call Number: | BP158.L6.S588 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84556+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.