Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459144
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authoral-Hunayd Ahlam Muhammad Hasan (P50598)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:43Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:43Z-
dc.date.issued2013-05-31
dc.identifier.otherukmvital:84555
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459144-
dc.descriptionKajian ini mengkaji personaliti Jamal al-Banna sebagai seorang tokoh pemikir Islam dan pandangan beliau terhadap isu-isu wanita Islam serta mengkaji pendekatannya ketika melakukan pentafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran berhubung dengan isu-isu tersebut. Isu-isu yang diketengahkan ialah pemakaian hijab oleh wanita, wanita mengimami sembahyang dan perkahwinan wanita tanpa pewalian dan persaksian. Kajian ini meneliti personaliti dan latar belakang kehidupan Jamal al-Banna termasuklah kehidupannya ketika zaman kanak-kanak, latar belakang pendidikan dan sumbangan serta jasa beliau dalam penulisan kepada masyarakat. Ketika mengkaji pemikiran dan pandangan beliau ini, kajian ini juga menganalisis metodologi beliau dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran terhadap isu-isu wanita Islam ini. Kepentingan penelitian terhadap isu-isu wanita ini menyerlahkan metode dan pendekatan beliau ketika melakukan pentafsiran ayat al-Quran dan al-Sunnah terhadap ketiga-tiga isu tersebut. Tegasnya, ijtihad dari pemikiran beliau terhadap isu-isu tersebut telah memberi impak perbahasan kepada masyarakat contohnya penolakan beliau terhadap tuntutan hijab kepada wanita, mereka sebagai imam sembahyang bagi kaum lelaki dan kebenaran berkahwin tanpa wali dan saksi. Pandangan beliau ini jelas bertentangan dengan pandangan sarjana Islam dan metode yang sahih. Pemikiran beliau adalah berasaskan kepada pandangan rasional dan sekular. Justeru, adalah amat penting untuk mengkaji sikap, pandangan dan pemikiran beliau serta memurnikan kembali pandangan salah beliau agar selari dengan Islam. Objektif kajian ialah untuk menerangkan dan menolak pandangan Jamal al-Banna yang berasaskan rasional dan pengetahuan yang umum bertentangan dengan perundangan Islam. Kaedah kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan berasaskan analisis sejarah, seperti mengkaji kehidupan Jamal al-Banna semenjak zaman kanak-kanak hinggalah kehebatan beliau dalam pendidikan serta sumbangan dan jasa beliau dalam penulisan sama ada karangan buku ataupun penulisan artikel. Kaedah kajian ini juga berbentuk metode deduktif dengan menganalisa dan mengkritik pemikiran beliau; dan metode deskriptif dan kritikan dijalankan dengan menganalisis pelbagai aspek bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan Jamal al-Banna. Kajian ini menyerlahkan bahawa Jamal al-Banna bukanlah seorang yang berkeahlian dalam bidang penyelidikan dan ini menjadi asas untuk menolak dengan tegas terhadap metodologi beliau ketika melakukan pentafsiran dikemukakan al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa apa yang oleh Jamal al-Banna berhubung dengan isu-isu wanita Islam adalah selari dengan pandangan golongan sekular yang menolak pandangan para ulama dan memberi kebebasan kepada golongan wanita seperti yang telah dikemukakan oleh golongan-golongan yang bertopengkan Islam. Tegasnya, terdapat sarjana-sarjana Islam dan ahli pemikir yang telah menolak pandangan Jamal al-Banna kerana pemikiran beliau menyalahi jumhur ulamak dan menyalahi metode para fuqaha'.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWomen (Islamic law)
dc.titleQadaya al-mar'at al-muslimah fi fikr Jamal al-Banna
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.callnoBP158.W7H84 2013
dc.identifier.barcode001918
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84555+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.