Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459141
Title: | Peranan Dato' Hj. Abdullah bin Hj. Sijang dalam perkembangan pentadbiran Islam dan dakwah di Negeri Sembilan |
Authors: | Nurul Atiqah Jamalludin (P57393) |
Supervisor: | Izziah Suryani Binti Mat Resad @ Arshad, Puan |
Keywords: | Dato' Hj. Abdullah bin Hj. Sijang Ulama Malaysia Negeri Sembilan Biography |
Issue Date: | 7-Feb-2013 |
Description: | Peranan Hj. Abdullah bin Hj. Sijang dalam perkembangan pentadbiran Islam dan dakwah di Negeri Sembilan menjadi fokus utama dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk memperihalkan biografi Hj. Abdullah bin Hj. Sijang yang merupakan salah seorang tokoh ulama Negeri Sembilan. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menilai dan menjelaskan peranan beliau dalam bidang pentadbiran dan dakwah iaitu dengan menubuhkan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS), menguruskan sistem zakat di Negeri Sembilan dan menangani masalah ajaran sesat dan khurafat di Negeri Sembilan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode kajian kepustakaan, analisis kandungan terhadap sumber primer dan sumber sekunder khususnya berkaitan latar belakang dan peranan Hj. Abdullah bin Hj. Sijang serta temu bual yang dilakukan dengan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan fokus kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Hj. Abdullah bin Hj. Sijang merupakan seorang tokoh ulama yang mempunyai keperibadian dan perwatakan yang baik serta berpengetahuan ilmu agama yang tinggi menjadikan beliau amat dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat. Di samping itu, keterampilan yang ditonjolkan dalam bidang pentadbiran dan dakwah serta anugerah kebesaran yang diperoleh jelas menunjukkan ketokohan dan kewibawaannya sebagai tokoh ulama. Peranan beliau dalam bidang pentadbiran dapat dibuktikan dengan penglibatan beliau dalam merangka penubuhan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dan pembaharuan yang dilakukan dari aspek kutipan dan pengagihan zakat iaitu dengan perlantikan amil bagi setiap daerah. Manakala dalam bidang dakwah peranannya dapat dilihat melalui pemikiran beliau berdasarkan metode-metode dan usaha yang digemblengkan untuk menangani masalah ajaran sesat dan khurafat yang menular di Port Dickson, Negeri Sembilan,The role of Hj. Abdullah bin Hj. Sijang in the development of Islamic administration and dakwah in Negeri Sembilan is the main focus in this study. The objective of this study is to elaborate on the biography of Hj. Abdullah bin Hj. Sijang who is a learned Muslim figure of Negeri Sembilan. Apart from that, this study is intended to assess and explain his role in the fields of administration and dakwah, namely in establishing the Islamic Religious Department of Negeri Sembilan, managing the system of zakat in Negeri Sembilan and handling deviant teachings and superstitions in Negeri Sembilan. Generally, this study employs qualitative research approach through library research method, document analysis of primary and secondary sources mainly related to the background and role of Hj. Abdullah bin Hj. Sijang, besides interviews with individuals concerned as the focus of this study. It is found that Hj. Abdullah bin Hj. Sijang is a learned Muslim figure of good personality and character apart from his being well versed in deep religious knowledge which makes him honoured and respected by local people. Besides, the conspicuousness he is associated with of the fields of administration and dakwah in addition to his being honoured with award of gratitude confirms his expertise and reliability as a learned Muslim figure. His role in the field of administration is proven with his involvement in drafting the setting up of the Religious Department of Negeri Sembilan (JAINS) and the reform he adopts from the aspect of collecting and distributing zakat, i.e. by appointing a zakat official in every district. Meantime, in the field of dakwah his role is noticeable through his thought based on his methods and efforts in handling deviant teachings and superstitions that spread in Port Dickson, Negeri Sembilan.,Master/Sarjana |
Pages: | 111 |
Call Number: | BP80.A235N847 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84552+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.