Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459140
Title: Kaedah khas Abu Amr al-Dani dan Abu Dawud dalam penulisan al-Qur'an al-Karim : kajian perbandingan antara mushaf al-Jamahiriyya dan mushaf al-Magharibah
Authors: al-Khamaisy Yahya 'Ammar Muhammad (P48914)
Keywords: Qur'an - Orthography
Issue Date: 10-Mar-2011
Description: Kajian ini membincangkan satu topik khusus dalam Ulum al-Qur'an iaitu berkenaan kaedah khas Abu Amr al-Dani dalam penulisan al-Qur'an al-karim di Libya yang dibandingkan dengan kaedah Abu Dawud menurut riwayat Qalun daripada Nafi al-Madani. Kajian ini mengenalpasti perselisihan dalam penulisan al-Qur'an al-Karim di Libya dan sebahagian Negara Arab yang tidak diketahui oleh kebanyakan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk member penjelasan tentang penulisan al-Qur'an al-Karim dan cara penghafalannya. Seterusnya kajian ini menjelaskan ketokohan Abu Amr al-Dani dan Abu Dawud dalam penulisan al-Qur'an al-Karim di samping menampakkan kaedah khas setiap seorang daripada mereka berdua dalam penulisan al-Qur'an di Libya mahupun di sebahagian negars-negara Arab. Kajian ini juga menghuraikan istilah khas yang digunapakai oleh al-Dani dalam penulisan al-Qur'an. Antara lain, kajian ini menghuraikan perbezaan antara alif al-mukhassis, alif al-thabit dan alif al-mahdhuf dengan meletakkan setiap satu dalam jadual yang tersusun. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan melalui metode pengumpulan data yang berkaitan dengan topic daripada pelbagai sumber disusuli dengan perbandingan antara kaedah al-Dani dengan kaedah Abu Dawud dalam penulisan al-Qur'an al-Karim. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah yang digunapakai secara meluas oleh masyarakat Libya dan sebahagian Negara Arab dalam penulisan al-Qur'an al-Kaarim ialah kaedah al-Dani yang juga merupakan sebahagian asas atau rujukan kepada penulisan Khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan r.a.,Master / Sarjana
Pages: 141
Call Number: PJ6696.Z5A45 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84538+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.98 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.