Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459138
Title: Peranan surat khabar al sabeel Jordan dalam dakwah dan perhimpunan aman
Authors: Tahat 'Abd al-Ilah Hasunih Badiwi (P60394)
Keywords: Press and politics
Jordan
Issue Date: 10-Mar-2013
Description: Kajian ini dijalankan bertitik tolak dari kurangnya tumpuan kajian terhadap surat khabar yang dimiliki oleh parti politik, secara khususnya yang bercirikan Islamik iaitu tentang peranan surat khabar ini dalam arena politik dan pembentukan pendapat awam. Berdasarkan kepada kedudukan bidang kewartawanan yang penting dan peranannya yang besar ketika situasi yang buruk melanda tanah Arab yang mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sebahagian pemerintah dan menjejaskan sebahagian yang lain, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dimensi politik dan dakwah pada surat khabar 'al-Sabeel' iaitu salah sebuah surat khabar yang dimiliki oleh parti yang cenderung kepada aliran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Suatu alat pengumpulan data telah direka dalam usaha untuk menggumpulkan data yang diperlukan dan ia kemudiannya dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Keputusan yang terpenting dalam kajian ini ialah bahawa 'al-Sabeel' adalah sebuah surat khabar yang digunakan secara meluas di Jordan. Ia adalah salah satu surat khabar yang terpenting di negara ini dan mempunyai minat yang amat mendalam dalam membentuk pendapat umum, terutamanya mengenai isu-isu politik dan ia memainkan peranan utama dalam dakwah Islam melalui pendidikan agama dan kaunseling di mana penerbitan dakwah Islam harian yang dikeluarkan adalah lebih kurang tiga kali. Dapatan kajian juga mendedahkan bahawa surat khabar itu memainkan peranan yang berkesan dalam mencetuskan perhimpunan dan bantahan secara aman dalam negara tersebut di mana penerbitan harian adalah antara tujuh dan dua belas.,Master / Sarjana
Pages: 143
Call Number: PN5449.J6T336 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84498+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.