Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459137
Title: | Penyediaan perkhidmatan hotel patuh syariah di Malaysia |
Authors: | Siti Fatma Mansor (P73466) |
Supervisor: | Rosmawati Mohamad Rasit, Dr. |
Keywords: | Perkhidmatan hotel Patuh syariah Pelancong Muslim Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Jul-2016 |
Description: | Industri perhotelan yang patuh syariah penting dalam menarik pelancong Muslim. Namun, perkhidmatan hotel yang patuh syariah di Malaysia masih belum dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri perhotelan patuh syariah di Malaysia. Di samping itu juga, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penyediaan perkhidmatan hotel yang patuh syariah di Malaysia. Selain itu, kajian turut mengkaji perbezaan penyediaan perkhidmatan hotel patuh syariah di antara jantina. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui pengedaran instrumen dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan ujian Mann-Whitney U. Seramai 72 orang staf hospitaliti telah dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan dengan adanya perkhidmatan hotel patuh syariah pengguna tidak perlu was-was apabila mengguna perkhidmatan tersebut dengan nilai min tertinggi 3.43. Selain itu, hasil kajian menunjukkan terdapat sembilan ciri hotel patuh syariah yang mendapat persetujuan 100 peratus dalam kalangan responden iaitu, mempunyai “makanan yang halal dan tidak halal tidak boleh dimasak dalam dapur yang sama”, “mempunyai kitab al-Quran, sejadah dan arah kiblat”, “menjaga adab dan akhlak”, “pemilik hotel perlu mengeluarkan zakat”, “mengutamakan kebersihan diri dan makanan”, mempunyai ruang solat', “mengikut prosedur hab halal”, “kedudukan katil dan tandas tidak menghadap kiblat” dan “hiburan bercirikan Islam”. Manakala ujian Mann-Whitney U menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap perkhidmatan hotel patuh syariah dengan jantina iaitu (U=523.500, p > 0.05). Ini menunjukkan faktor jantina tidak mempengaruhi penyediaan perkhidmatan hotel patuh syariah. Kajian ini menunjukkan keperluan penyediaan panduan hotel patuh syariah, kerana ia berpotensi untuk menarik lebih ramai pelanggan Muslim. Implikasi kajian ini diharap dapat menyumbang kepada perkembangan industri perhotelan patuh syariah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 91 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84466+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 376.18 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.