Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459136
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fadlan Mohd. Othman, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohamad Asyraf Che Omar (P72796) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:44:25Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:44:25Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84465 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459136 | - |
dc.description | Hadith merupakan satu sumber rujukan kedua selepas al-Quran sebagai rujukan kepada umat Islam. Hadith sangat penting kepada umat Islam kerana ia berperanan sebagai panduan dan pencerahan bagi sesuatu masalah yang timbul samada masalah dalam ibadat, aqidah dan sebagainya. Kajian ini akan membicarakan tentang status kedudukan hadith sebagai sumber hujah dalam teks khutbah Jumaat. Objektif kajian ini antaranya ialah untuk mengenalpasti status hadith yang digunakan dalam penulisan teks-teks khutbah Jumaat di Malaysia. Selain itu, untuk mengkaji dan menganalisis aplikasi takhrīj hadith yang diterapkan dalam teks-teks khutbah Jumaat di Malaysia dan untuk melahirkan satu garis panduan tentang bagaimana berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi SAW dalam penulisan teks-teks khutbah Jumaat. Kajian ini adalah kajian kualitatif iaitu pengumpulan data daripada sumber-sumbernya terhadap hadith dalam teks-teks khutbah Jumaat di Malaysia. Oleh yang demikian kajian ini mendapati bahawa aplikasi takhrīj hadith dalam penulisan teks-teks khutbah Jumaat di Malaysia tidak digunakan secara menyeluruh dalam kalangan para penulis khutbah yang menyebabkan berlaku penulisan hadith tanpa sanad (rawi), matan dan terjemahan. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti yang terlibat dengan penulisan teks-teks khutbah Jumaat dalam melakukan usaha penambahbaikan terhadap unit urusan khutbah bagi mengelakkan berlakunya kesalahan terhadap hadith yang digunakan. Oleh yang demikian, aplikasi takhrīj hadith ini sangat penting supaya sesuatu hadith itu tidak disalahgunakan oleh orang yang bukan dalam bidangnya. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan sebagai satu panduan kepada pihak yang terlibat untuk penulisan hadith dalam teks khutbah Jumaat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Takhrij hadith | - |
dc.subject | Khutbah Jumaat | - |
dc.subject | Penulisan teks | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aplikasi takhrīj hadith dalam khutbah Jumaat di Malaysia pada tahun 2013 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 122 | - |
dc.identifier.barcode | 002533(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84465+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.