Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459134
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Ikram Mohd Nawi (P60437)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:20Z-
dc.date.issued2016-04-13
dc.identifier.otherukmvital:84463
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459134-
dc.descriptionKitab Usul al-Tawhid Fi Macrifah Turuq al-Iman Li al-Rab al-Majid merupakan karya nukilan Shaykh Husain Nasir Bin Muhammad Tayyib al-Mascudi al-Banjari masyhur dengan panggilan Tuan Husain Kedah dalam membicarakan tentang falsafah ilmu tawhid dan fiqh yang berkisarkan tentang mawcizah (pengajaran) dan bimbingan agama. Dalam perbincangan kitab tersebut, terdapat hadith-hadith yang dinukilkan secara tidak lengkap, tanpa memperjelaskan sumber dan statusnya yang mana ianya dapat menimbulkan keraguan mengenai kesahihan nas tersebut. Memandangkan karya ini turut dijadikan antara kitab pengajian di pondok-pondok, maka seharusnya isi kandungan nas-nas hadith yang tidak dinyatakan sumber dan tidak jelas statusnya perlu dilakukan penambahbaikan atau dikaji dan diberikan penjelasan terlebih dahulu bagi memastikan kekemasan penyampaian karya ini terus terpelihara. Kajian ini dirangka berdasarkan rekabentuk kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui kaedah pengumpulan data secara tekstual yang dilakukan terhadap kitab Usul al-Tawhid. Setelah itu analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah atau pendekatan deskriptif dengan melakukan takhrij dan tashih terhadap hadith dalam kitab tersebut bagi mengenalpasti sumber sesebuah hadith daripada Masadir al-Asliyyah serta menjelaskan kedudukan setiap hadith tersebut sama ada bertaraf maqbul atau mardud. Skop kajian adalah hadith-hadith yang bermula dari bab “fasl fi ma yatacallaq bi al-zakah” sehingga kepada bab yang terakhir kitab tersebut. Hasil analisis terhadap 47 buah hadith yang dikaji mendapati bahawa hadith yang dikategorikan sebagai maqbul berjumlah sebanyak 38 buah hadith dengan peratusan 81%, hadith bertaraf mardud sebanyak 7 buah hadith dengan peratusan 15% dan hadith yang tidak dapat dikesan sumber asalnya 2 buah hadith dengan peratusan 4%. Hasil kajian tersebut adalah dirangkumi dengan sebanyak 36 hadith sahih (77%), 2 hadith hasan (4%), 4 hadith dacif (9%), 3 hadith mawduc (6%) dan 2 hadith yang tidak dapat dikesan sumber asalnya (4%). Penjelasan ini adalah penting bagi memastikan kesahihan al-Sunnah kekal tulin sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Implikasi kajian ini secara amnya akan memantapkan lagi penggunaan kitab Usul al-Tawhid dalam kalangan masyarakat serta dapat memartabatkan kembali khazanah karya-karya ulama silam selain mempercambahkan lagi penggunaan ilmu takhrij al-hadith.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKualiti hadith
dc.subjectKitab Usul al-Tawhid
dc.subjectTuan Husain Kedah
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKualiti hadith dalam kitab Usul al-Tawhid karya Tuan Husain Kedah
dc.typetheses
dc.format.pages181
dc.identifier.barcode002531(2017)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84463+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
888.25 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.