Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459130
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Sarah Mohamad Noor (P58401)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:11Z-
dc.date.issued2016-01-15
dc.identifier.otherukmvital:84459
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459130-
dc.descriptionTerdapat dua jenis kaedah yang digunapakai dalam menaksirkan pengeluaran zakat-zakat perniagaan di institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia pada masa kini iaitu Kaedah Modal Berkembang dan Kaedah Modal Kerja. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini mempunyai implikasi yang berbeza dari segi jumlah pengeluaran zakat menyebabkan kekeliruan masyarakat dan pengeluar zakat dalam memilih kaedah yang paling tepat dalam pengiraan zakat perniagaan yang jelas menurut hukum syarak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah penaksiran zakat perniagaan yang sesuai dan memelihara maslahat untuk dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan Islam. Justeru, beberapa pandangan daripada sarjana Islam moden dan klasik akan dianalisis dalam kajian ini bagi mencadangkan kaedah yang lebih bermaslahat. Bagi tujuan itu, satu pendekatan kualitatif digunakan dengan mengambil reka bentuk analisis kandungan. Selain itu, data dikumpul menerusi kaedah analisis dokumen dan juga temu bual separa struktur dilakukan dengan pihak-pihak berkepentingan seperti pihak pusat zakat dan pihak bank. Hasil kajian mendapati kaedah taksiran berasaskan kaedah Modal Berkembang lebih memberi kebaikan kepada pihak penerima zakat khususnya dan pengeluar zakat amnya. Ini kerana kaedah Modal Berkembang menggunakan hutang yang tinggi berbanding kaedah Modal Kerja. Justeru, semakin banyak hutang yang digunakan maka semakin tinggi zakat yang dapat dikeluarkan oleh sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini diakui oleh sarjana Islam moden dan klasik sebagai kaedah yang sah menurut piawaian syariah dalam penaksiran zakat perniagaan. Malahan kaedah-kaedah penaksiran zakat tersebut turut dijelaskan dalam Manual Pengurusan Zakat Perbankan yang telah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sebagai panduan. Implikasi kajian mencadangkan penaksiran zakat di Malaysia dapat diselaraskan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu kaedah Modal Berkembang kerana kaedah tersebut lebih menjamin kemaslahatan umat Islam sejagat sekaligus memantapkan ekonomi negara.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectZakat
dc.subjectPerbankan Islam
dc.subjectInstitusi kewangan Islam
dc.subjectTaksiran
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaedah penaksiran zakat di institusi perbankan Islam di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages76
dc.identifier.barcode002527(2017
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84459+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
168.01 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.