Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459129
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur A'thiroh Masyaa'il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.-
dc.contributor.authorMior Iskandar Mior Azizan (P67057)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:09Z-
dc.date.issued2016-07-18-
dc.identifier.otherukmvital:84458-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459129-
dc.descriptionPenglibatan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi termasuk politeknik dalam aktiviti dakwah bukanlah menjadi suatu perkara yang asing lagi. Walau bagaimana pun, kelompok pelajar yang melibatkan diri dalam usaha dakwah ini sangat kecil berbanding kelompok yang lain. Hal ini menyebabkan usaha penyebaran dakwah Islam amat terhad dan hanya tertumpu di asrama pelajar dan Pusat Islam sahaja. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pelajar yang terlibat dalam aktiviti dakwah di politeknik. Kajian ini turut bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar terlibat dalam aktiviti dakwah di politeknik. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan tahap pengetahuan pelajar berkaitan dakwah dan bentuk amalan dakwah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian korelasi dan regresi pelbagai. Seramai 82 orang ahli Rakan Pusat Islam Politeknik Sultan Azlan Shah telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar berkaitan dakwah adalah tinggi (min=4.76). Ujian regresi pelbagai pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R²=0.239 (β=0.365) yang menyumbang sebanyak 23.9 peratus nilai varians. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor pendorong amalan berdakwah. Faktor pendorong utama pelajar dalam berdakwah ialah kesedaran akan kewajipan berdakwah itu sendiri dan faktor mempunyai rakan non muslim. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar melaksanakan dakwah secara bi al-hal bagi bentuk amalan dakwah yang dipilih. Hasil kajian daripada ujian Korelasi Spearman rho pula menunjukkan terdapat perkaitan di antara tahap pengetahuan pelajar berkaitan dakwah dengan bentuk amalan dakwah yang dilaksanakan mereka (r=0.314, ρ<0.01). Kajian ini mencadangkan agar amalan berdakwah dalam kalangan pelajar politeknik dijadikan sebagai aktiviti ko-kurikulum.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDakwah-
dc.subjectRakan Pusat Islam-
dc.subjectPoliteknik Sultan Azlan Shah-
dc.subjectTahap pengetahuan-
dc.subjectPelajar-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAmalan berdakwah dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah-
dc.typetheses-
dc.format.pages95-
dc.identifier.barcode002526(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84458+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
471.86 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.