Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459127
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhamad Asmadi Sakat, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Nur Adzim Amran (P62092)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:44:04Z-
dc.date.available2023-09-13T07:44:04Z-
dc.date.issued2016-06-20
dc.identifier.otherukmvital:84457
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459127-
dc.descriptionNovel-novel Tuhan Manusia, Saasatul Ibaad, Ketupat Cinta [Musim Pertama], Ketupat Cinta [Musim Kedua] Penggal Pertama dan Perempuan Nan Bercinta nukilan Faisal Tehrani merupakan karya sastera berunsur Islam yang sarat dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Namun, hadis-hadis yang dikemukakan tidak dinyatakan hukumnya dengan jelas dan terperinci serta diambil daripada sumber yang pelbagai. Memandangkan novel-novel ini tersebar luas dan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat, maka seharusnya nas-nas hadis yang tidak jelas statusnya perlu dilakukan penambahbaikan atau dikaji dan diberi penjelasan terlebih dahulu. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji metode Faisal Tehrani ketika mengemukakan hadis dalam karya-karyanya, serta menganalisis sumber ambilan hadis tersebut dan hukum asasnya sama ada berstatus maqbul iaitu sahih atau hasan, atau mardud iaitu dacif, ataupun mawduc. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui kaedah pengumpulan data secara tekstual yang dilakukan terhadap lima buah novel tersebut. Setelah itu analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah atau pendekatan deskriptif dengan melakukan takhrij dan tashih terhadap hadis-hadis bagi mengenal pasti sumber sesebuah hadis daripada masadir al-asliyyah serta menjelaskan kedudukan setiap hadis tersebut sama ada bertaraf maqbul atau mardud. Skop kajian adalah novel-novel Faisal Tehrani yang mengandungi lima hadis atau lebih sahaja. Hasil analisis terhadap 82 hadis yang dikaji mendapati bahawa hadis yang dikategorikan sebagai maqbul berjumlah 48 hadis (58.5%) yang terdiri daripada 44 hadis sahih (53.7%) dan 4 hadis hasan (4.9%) serta yang bertaraf mardud sebanyak 34 hadis (41.5%) yang terdiri daripada 16 hadis dacif (19.5%), 5 hadis mawduc (6.0%), dan 13 hadis yang belum dikenalpasti (15.9%). Penjelasan ini adalah penting bagi memastikan kesahihan al-Sunnah kekal tulen sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Implikasi kajian ini secara amnya akan memberi kesedaran tentang kepentingan menentukan status hadis dan berhujah dengan hadis sahih dalam kalangan masyarakat selain mempercambahkan lagi penggunaan ilmu takhrij al-hadith.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectFaisal Tehrani
dc.subjectHadis
dc.subjectKarya sastera
dc.subjectNovel
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis status hadis dalam karya-karya Faisal Tehrani
dc.typetheses
dc.format.pages406
dc.identifier.barcode002525(2017
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84457+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
411.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.