Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459126
Title: Pembubaran perkahwinan antara suami isteri kerana darar : kajian perbandingan antara fiqh dan undang-undang Libya
Authors: Abd al-Sa'id Jalal Muhammad al-Sanusi (P50603)
Keywords: Perceraian
Divorce (Islamic law)
Brunei
Issue Date: 26-Mar-2013
Description: Kajian ini adalah berkenaan dengan hukum hakam pembubaran perkahwinan (tafriq) kerana darar (kemudaratan) antara suami isteri dalam syariat Islam dan Undang-undang Nikah Cerai Libya nombor 10 tahun 1984 M. Permasalahan kajian dapat disimpulkan kepada dua perkara. Pertama kerana wanita Libya terdedah kepada pelbagai kemudaratan sama ada yang berbentuk fizikal mahu pun moral, dan yang hasilnya kadang-kadang uruf dan tradisi Libya menghalang para wanita untuk menuntut perpisahan dengan suami kerana kemudaratan tersebut. Manakala perkara kedua pula adalah kerana Undang-undang Libya ini telah dikritik oleh sesetengah pengkaji yang terdiri daripada para pengulas, hakim dan peguam. Kebanyakan kritikan adalah kerana ia bertentangan dengan syariat Islam pada sesetengah hukum hakamnya, atau kerana ketiadaan perundangan terhadap beberapa isu yang sepatutnya dijelaskan oleh undang-undang tersebut, atau ia menyimpang daripada kebenaran pada sebahagian hukum hakam fiqh yang dipilih untuk dikodifikasikan sebagai undang-undang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pembubaran perkahwinan kerana darar (kemudaratan) antara suami isteri dari sudut fiqh dengan membandingkan pendapat keempat-empat mazhab, serta menjelaskan sejauh mana Undang-undang Nikah Cerai Libya bertepatan atau tidak dengan pendapat mana-mana mazhab fiqh tersebut, kemudian melakukan pentarjihan antara pelbagai pendapat fiqh tersebut, serta menjelaskan tentang kekuatan atau kelemahan pendapat fiqh yang dipilih oleh Undang-undang Libya tersebut. Akhirnya kajian ini menjelaskan tentang kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam undang-undang tersebut serta mengemukakan alternatif dan cadangan bagi mengatasinya. Skop kajian ini adalah mengenai hukum hakam pembubaran perkahwinan kerana darar (kemudaratan) antara suami isteri dalam syariat Islam berbanding dengan Undang-undang Libya. Kajian ini menggunakan metode induktif dengan menghimpunkan semua pandangan dan maklumat berkenaan dengan tajuk kajian. Ia juga menggunakan metode analisis dengan mengkaji pandangan-pandangan tersebut, menganalisisnya dan memperdebatkannya. Sebagaimana kajian ini turut menggunakan metode perbandingan dengan membandingkan pelbagai pandangan setelah menganalisisnya bagi mentarjihkannya. Antara kesimpulan terpenting kajian ini ialah bahawa majoriti hukum hakam yang dikodifikasikan dalam Undang-undang Nikah Cerai Libya adalah baik dan tepat berkenaan dengan isu pembubaran perkahwinan kerana darar (kemudaratan) antara suami isteri. Namun terdapat beberapa kekurangan yang membayangi undang-undang ini, antaranya ketiadaan perundangan dalam beberapa perkara, seperti ia tidak menyusun peraturan atau prosedur tentang hukum hakam li‘an, tiada peruntukan tentang hukum suami yang dipenjarakan, sama ada dipenjarakan atas motif politik atau kesalahan biasa, sebagaimana biasa dilakukan oleh beberapa undang-undang Islam lain, sebagaimana terdapat juga beberapa pendapat fiqh yang dipilih dan dikodifikasikan sebagai undang-undang namun ia tidak bertepatan dengan kehendak sebenar hukum tersebut dirumuskan, sebagaimana dijelaskan dan diperbincangkan dalam kajian ini.,Master / Sarjana
Pages: 239
Call Number: BP158.D5A237 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84446+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.