Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459125
Title: Wasiat sebagai mekanisme perancangan harta di Negeri Melaka
Authors: Kasimah Kamaruddin (P47309)
Supervisor: Md Yazid bin Ahmad
Keywords: Harta Pusaka
Wasiat
Inheritance and succession (Islamic law)
Issue Date: 31-Jan-2013
Description: Permasalahan berkenaan harta pusaka di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan. Ini terbukti berdasarkan laporan yang menunjukkan RM42 bilion nilai harta pusaka dibekukan dan dianggarkan satu juta kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan konsep wasiat dengan wisayah dalam Islam, menilai peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) No.4 Tahun 2005, mengkaji kedudukan wasiat sebagai mekanisme perancangan harta dan mengenal pasti kefahaman masyarakat muslim di Melaka mengenai pentadbiran wasiat Islam dan pentadbiran wasiat di Negeri Melaka. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan temu bual berstruktur dan semi berstruktur serta kaji selidik. Temu bual berstruktur dan semi berstruktur melibatkan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan pembahagian harta pusaka khususnya di Negeri Melaka. Pemilihan sampel secara bertujuan telah digunakan. Pengumpulan data juga adalah melalui analisis dokumen. Data kajian yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini mendapati konsep wasiat dan wisayah adalah berbeza iaitu wasiat merujuk kepada pemberian harta terus kepada penerima manakala wisayah adalah pengamanahan harta kepada pihak yang ketiga iaitu wa???? sebagai pentadbir harta berkenaan. Selain dari itu, seksyen 26(2) dan seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) No.4 Tahun 2005 perlu disemak semula supaya bertepatan dengan hukum syarak. Seterusnya sambutan masyarakat di Negeri Melaka terhadap penulisan wasiat amat menggalakkan dan meningkat dari tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat masih tidak faham mengenai sistem pewarisan kerana mereka tidak mengambil berat soal tersebut. Kefahaman tertinggi mengenai konsep wasiat adalah penulis wasiat, di tahap sederhana agen dan terendah ialah ahli waris. Menurut agensi penulisan wasiat, pentadbiran harta pusaka akan menjadi lebih cepat dan mudah sekiranya pemilik harta menulis wasiat sedangkan pandangan seksyen pembahagian harta pusaka kecil adalah sebaliknya.,Master / Sarjana
Pages: 153
Call Number: BP158.W45K347 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84444+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.