Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459121
Title: Kajian kontrastif uslub al-shart dalam Bahasa Arab dengan ayat keterangan syarat dalam Bahasa Melayu
Authors: Nor Kamilah binti Mat Zin (P57728)
Supervisor: Hakim bin Zainal
Keywords: Uslub al-shart
Arabic language Conditionals
Issue Date: 10-Jan-2014
Description: Ayat al-shart dalam bahasa Arab adalah lebih terperinci dan lebih padat maklumatnya, berbanding ayat keterangan syarat dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, keadaan yang tidak seimbang ini menyukarkan pelajar Melayu dalam mempelajari ayat dalam bahasa Arab. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji gaya bahasa ayat keterangan syarat dalam bahasa Melayu dan ayat al-shart dalam bahasa Arab, membandingkan kedua-dua gaya bahasa tersebut seterusnya menganalisis aspek persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-duanya. Kajian ini menggunakan metode analisis kandungan dengan meneliti sumber-sumber bercetak yang berkaitan dengan tajuk kajian dan melakukan kajian secara menyeluruh. Metode analisis kontrastif digunakan untuk menganalisis aspek persamaan dan perbezaan antara kedua-dua bahasa berkaitan gaya bahasa keterangan syarat. Hasil kajian ini mendapati beberapa ciri persamaan wujud dalam pembentukan ayat syarat seperti kewujudan partikel syarat dan ia terdiri daripada dua gabungan ayat dalam kedua-dua bahasa. Kajian ini juga mendapati ada perbezaan pada struktur ayat bahasa Melayu dan bahasa Arab, dua gabungan ayat yang membentuk ayat keterangan syarat dalam bahasa Melayu boleh saling bertukar tempat namun sebaliknya pula berlaku dalam bahasa Arab. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelainan dari segi jenis perkataan yang perlu diletakkan selepas partikel syarat dalam kedua-dua bahasa tersebut. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan aspek persamaan dan perbezaan dua bahasa menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab lebih menarik dan efektif terhadap penutur bahasa Melayu.,Master / Sarjana
Pages: 178
Call Number: PJ6148.5.C65 N647 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.