Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459120
Title: | Pembentukan jati diri Muslim melalui pengamalan modul sahsiah unggul murid di Hulu Langat dan Sepang, Selangor |
Authors: | Wan Nor Adibah Wan Ahmad (P86796) |
Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. |
Keywords: | Pendidikan Islam Modul SUMUR Muslim youth |
Issue Date: | 27-Aug-2015 |
Description: | Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) pada tahun 2010 sebagai satu program kemenjadian pembangunan murid dan pembentukan jati diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Modul SUMUR menekankan pengamalan murid merangkumi aspek kerohanian, akhlak dan nilai-nilai murni. Program ini bermatlamat untuk membentuk jati diri murid bagi menangani masalah sosial dan keruntuhan jati diri remaja yang amat membimbangkan. Namun begitu, permasalahan sosial dan keruntuhan jati diri masih berleluasa dalam kalangan murid termasuk murid-murid dalam aliran agama. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengamalan modul SUMUR dan tahap jati diri murid dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Hulu Langat dan Sepang, Selangor. Kajian ini turut menilai keberkesanan hubungan antara pengamalan modul SUMUR dengan pembentukan jati diri muslim dalam kalangan murid. Kajian ini ialah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan seramai 283 orang responden kajian yang dipilih secara rawak mudah. Soal selidik digunakan sebagai instrument utama bagi mendapatkan data. Penganalisisan data menggunakan SPSS version 21 melalui analisa deskriptif dan inferensi kolerasi. Hasil kajian ini mendapati tahap jati diri murid berada pada tahap yang tinggi (min = 4.22) merangkumi aspek akidah, ibadat dan akhlak. Manakala tahap pengamalan murid berdasarkan aktiviti modul SUMUR adalah pada tahap sederhana tinggi (min = 3.72) bagi keempat-empat modul SUMUR. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengamalan murid dalam amalan ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penerapan akhlak serta nilai-nilai murni seperti aspek budi bahasa, penampilan diri, proaktif, sabar, semangat juang, berkeyakinan dan tetap pendirian secara mujahadah dapat membentuk jati diri muslim. Keseluruhannya, pengamalan modul SUMUR mempunyai signifikan dengan pembentukan jati diri muslim meskipun berada pada hubungan sederhana kukuh (r = 0.365). Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan kredibiliti modul SUMUR dalam pembangunan sahsiah dan jati diri murid-murid SMKA dan SABK.,Master / Sarjana |
Pages: | 177 |
Call Number: | BP188.18.Y68W34 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84329+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.