Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459119
Title: Pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda Subang, Jawa Barat
Authors: Fikry Ramadhan Suhendar (P50606)
Supervisor: Mohd. Ridzuan Awang, Prof. Madya
Keywords: waqaf
indonesia
Charitable uses
trust and foundations
Indo West Jawa.nesia
Issue Date: 27-Oct-2011
Description: Kajian ini berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) Subang Jawa Barat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM), menganalisis sistem pengurusan dan pembangunan harta wakaf serta mengetahui sejauh mana kemajuan dan pembangunan harta wakaf yang telah dicapai oleh yayasan tersebut. Kajian deskriptif-kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kajian kepustakaan dan lapangan dengan mencari dan mengumpulkan semua data yang berhubungkait dengan harta wakaf dan pembangunan harta wakaf di yayasan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tanah wakaf yang ada di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) sudah diuruskan dengan baik dan berkesan. Namun demikian hasil yang maksimum belum dapat dinikmati oleh jawatankuasa dan masyarakat sekitar yayasan tersebut disebabkan kurang produktifnya pembangunan harta wakaf. Ini terbukti apabila manfaat daripada tanah wakaf dan pembangunan belum dapat diagihkan secara menyeluruh kepada pihak ma'had, pelajar dan masyarakat. Nazir di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) belum dapat meningkatkan pembangunan yayasan secara optimum kerana faktor tertentu yang menghalang mereka dalam membangunkan harta wakaf, di antaranya tumpuan harta wakaf hanya kepada pendidikan sahaja, sedangkan banyak cara lain harta wakaf dapat dikelola agar lebih produktif seperti pembangunan hospital, rumah sewa, pusat perniagaan, koperasi, sistem skim wakaf dan lain-lain yang boleh dilakukan.,This study is concerned with the management and development of the waqf asset of Miftahul Huda Islamic Educational Foundation in Subang Western Jawa. The objective of this research is to identify the management and development of the waqf asset of Miftahul Huda Islamic Educational Foundation, analyze the managerial and development systems of the waqf asset, apart from knowing how far the management and development of the waqf asset has been realized by the foundation. This descriptive-qualitative research is implemented through library and fieldwork methods to seek and collect all data related to the waqf asset of the foundation and its development. The finding indicates that the waqf asset available in Miftahul Huda Islamic Educational Foundation has been well and effectively managed. However, a maximum outcome has not been enjoyed by its committee members and people surrounding the foundation because of the lack of productivity in developing the waqf asset. This is proven when the benefit of the waqf asset has not been fairly distributed to the ma'had, students and people concerned. The principal of Miftahul Huda Islamic Educational Foundation has not been able to optimize the development of the foundation for certain factors that hinder them in developing the waqf asset, of which the focus of the waqf asset is on education only whereas there are many other areas can be explored in order to achieve more productivity such as development of hospital, rental house, business centre, cooperation and waqf scheme system, beside many more possibilities,Master/Sarjana
Pages: 234
Call Number: BP170.25.F534 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84194+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.