Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459118
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian bin Haji Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNor Rosnita Gani (P68636)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:43Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:43Z-
dc.date.issued2014-04-21
dc.identifier.otherukmvital:84188
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459118-
dc.descriptionPelbagai pendekatan telah digunakan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government Linked Companies (GLC) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau corporat social responsibility (CSR). Walaupun wujud kesedaran yang semakin meningkat di kalangan syarikat GLC untuk melaksanakan CSR, namun sumbangan dan kesannya terhadap masyarakat masih boleh dipertikai. Isu ini timbul lantaran ketiadaan kerangka amalan yang menjadi kayu ukur pencapaian terhadap pelaksanaan CSR dan ketiadaan peneraju yang boleh dijadikan contoh ikutan. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan sistem tanggungjawab sosial menurut Islam, meneliti konsep maqasid al-sharicah dan konsep CSR serta perkaitannya dan seterusnya mengenal pasti aplikasi maqasid al-sharicah dalam pelaksanaan CSR oleh dua syarikat GLC terpilih iaitu Johor Corporation (JCorp) dan Lembaga Tabung Haji (TH). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian kes. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Manakala, analisis data pula dibuat secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa CSR bukanlah suatu yang baru di dalam Islam kerana telah wujud sistem, bentuk dan sejarah pelaksanaan tanggungjawab sosial dalam Islam. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa wujud perkaitan antara maqasid al-sharicah dan CSR yang boleh diketengahkan sebagai kerangka pencapaian CSR melalui tiga aspek iaitu mendidik individu, menegakkan keadilan dan memelihara maslahah. Berdasarkan kerangka tersebut, kajian mendapati bahawa pelaksanaan CSR oleh JCorp dan TH adalah menepati ketiga-tiga aspek maqasid al-sharicah iaitu mendidik individu, menegakkan keadilan dan memelihara maslahah. Namun begitu, aspek mendidik individu agak kurang ditekankan dan masih memerlukan penambahbaikan. JCorp dan TH juga didapati menjadi peneraju dalam mengaplikasikan maqasid al-sharicah dalam pelaksanaan CSR yang bersifat kontemporari dan memenuhi keperluan semasa. Kajian ini memberi implikasi kepada kerajaan sebagai pemangkin kepada pembinaan kerangka aplikasi maqasid al-sharicah dalam pelaksanaan CSR dan menjadi contoh rujukan kepada syarikat GLC dan syarikat korporat lain di Malaysia.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMaqasid (Islamic law)
dc.titleAplikasi maqasid al-shari'ah dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages114
dc.identifier.callnoHD60.5.M4N644 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84188+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
917.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.