Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459116
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mat Noor Bin Mat Zain, Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Eliza Mohd Noo (P57388) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:43:38Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:43:38Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84186 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459116 | - |
dc.description | Derivatif merupakan satu kaedah yang amat popular untuk mengurus risiko. Derivatif juga turut dinamakan sebagai lindung nilai spekulatif memandangkan ia lebih digemari oleh para spekulator untuk mengaut keuntungan dengan mudah sekiranya ramalan mengenai pergerakan harga yang dibuat adalah tepat. Ada peserta pasaran menjadikan instrumen-instrumen dalam pasaran derivatif untuk tujuan spekulasi semata-mata bagi mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Timbul persoalan di sini, sejauh manakah aktiviti spekulasi yang berlaku dalam pasaran derivatif pada hari ini bertepatan dengan hukum yang ditetapkan Islam atau ia hanyalah lebih menyamai aktiviti perjudian yang diharamkan? Objektif kajian ini menilai kedudukan spekulasi menurut perspektif Islam berdasarkan definisi-definisi dan pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh kebanyakan para sarjana Islam dan konvensional. Analisis dilakukan untuk menjelaskan konsep spekulasi menurut perspektif Islam, mengenalpasti aktiviti spekulasi yang membawa kepada perjudian atau gharar di dalam pasaran derivatif, serta menganalisis hukum Islam terhadap aktiviti spekulasi dalam pasaran derivatif. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa Islam tidak menghalang secara mutlak aktiviti spekulasi ini cuma akan menjadi haram apabila ia dibuat secara berlebihan dan berserta niat. Aktiviti spekulasi ini tidak diharamkan sepenuhnya memandangkan ia juga mempunyai kepentingan dalam pasaran derivatif dan merupakan satu istilah moden yang perlu dikaji bagi menjadikannya bertepatan dengan kehendak syarak. Spekulasi yang tidak dibenarkan adalah spekulasi yang tidak bertepatan dengan perkara-perkara asas dalam penentuan hukum spekulasi iaitu spekulasi yang menyamai perjudian, bukan bertujuan pelaburan, terdapat unsur manipulasi di dalamnya, bercanggah dengan nilai sosial, melibatkan penjualan bukan milik serta ketidakwujudan barang perniagaan. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pihak berwajib perlu mengadakan satu garis panduan khusus bagi mengelak berlaku spekulasi dalam pasaran derivatif.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pasaran derivatif | |
dc.subject | Derivative securities | |
dc.title | Spekulasi dalam pasaran derivatif menurut perspektif Islam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 121 | |
dc.identifier.callno | BP158.S64N845 2015 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 875.76 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.