Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459115
Title: Penilaian pelaksanaan pengajaran hafazan al-Quran di sekolah rendah di Negeri Melaka
Authors: Faza Ali Hassan (P68699)
Supervisor: Mohd Akil bin Muhamed Ali
Keywords: al-Quran
Kurikulum Pendidikan Islam
Qur'an - Memorizing - Evaluation.
Issue Date: 14-Sep-2015
Description: Hafazan al-Quran merupakan satu bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam yang diajar di sekolah rendah agar murid dapat mengamalkannya dalam solat dan kehidupan harian seterusnya melahirkan modal insan yang sempurna dari aspek rohani dan sahsiah. Kajian penilaian dilakukan kerana penilaian yang memfokuskan kepada bidang hafazan al-Quran terutama di sekolah rendah di Melaka masih belum dilaksanakan secara menyeluruh. Justeru objektif kajian ini memberi tumpuan kepada penilaian guru-guru Pendidikan Islam terhadap tiga aspek yang terdapat dalam model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam iaitu aspek konteks, aspek input dan aspek proses. Reka bentuk kajian ini ialah deskriptif tinjauan semasa yang menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik dari 54 buah sekolah kebangsaan melibatkan tiga daerah iaitu daerah Jasin, daerah Melaka Tengah dan daerah Alor Gajah di Negeri Melaka. Seramai 300 orang guru daripada sejumlah 1184 orang guru Pendidikan Islam Sekolah rendah di seluruh Negeri Melaka terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif melalui Program Statistical Package for Social Science for Windows versi 22.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati penilaian konteks iaitu pandangan guru terhadap kerelevenan pelaksanaan pengajaran hafazan dari sudut matlamat dan objektif (min=4.41, s.p=0.45) dan penilaian input iaitu sikap guru terhadap pelaksanaan pengajaran hafazan (min=4.04, s.p=0.35) berada pada tahap tinggi. Manakala penilaian proses iaitu komponen perkembangan pengajaran berada pada tahap tinggi. Komponen permulaan pengajaran, penutup pengajaran dan penggunaan ABM masih berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhannya penilaian proses berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.76, s.p=0.39). Implikasi kajian mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan menambahbaik kurikulum hafazan al-Quran yang sedang dilaksanakan di sekolah. Para guru Pendidikan Islam pula disaran agar mengekalkan sikap yang sedia ada dan membuat perubahan serta penambahbaikan terhadap proses,Master / Sarjana
Pages: 126
Call Number: BP131.6.F348 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.