Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459114
Title: Pembinaan kandungan Kurikulum Pendidikan Integrasi untuk latihan perguruan sekolah rendah Agama Integrasi (SRAI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Authors: Syarifah Nur Liyana Syed Khaliddin (P58412)
Supervisor: Ahmad Munawar bin Ismail, Dr.
Keywords: Pendidikan integrasi
Islamic education
Issue Date: 20-Mar-2015
Description: Pendidikan integrasi merupakan pendidikan yang menyepadukan antara ilmu wahyu dengan ilmu akal. Pelaksanaan kepada sistem ini memerlukan kerjasama dan kefahaman daripada semua pihak sama ada pembuat dasar, pelaksana dan masyarakat. Kegagalan memahami konsep pendidikan integrasi akan menyebabkan kesukaran mencapai objektif pendidikan integrasi. Kajian ini bertujuan untuk membina Kerangka Dasar Kurikulum Pendidikan Integrasi untuk latihan perguruan guru Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan teknik Delphi bagi tujuan mendapatkan persetujuan pakar. Kajian kualitatif seperti analisis dokumen dan temu bual separa struktur telah digunakan bagi membentuk instrumen teknik Delphi. Seramai 12 orang pakar yang terdiri daripada penjawat awam, tokoh pendidikan dan pelaksana telah terlibat sebagai peserta dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 19.0 Windows dan Microsoft Excel. Analisis median, julat interkuartil dan data ujian Wilcoxon matched pairs signed-ranks test dikeluarkan. Kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik turut digunakan untuk memperoleh data berhubung kefahaman guru terhadap pendidikan integrasi. Kajian ini berjaya menghasilkan satu Kerangka Dasar Kurikulum Pendidikan Integrasi yang boleh dijadikan terma rujukan dalam latihan perguruan guru SRAI, JAIS. Kerangka dasar ini memberi implikasi yang sangat besar kepada kelancaran dan pencapaian objektif pendidikan integrasi yang telah ditetapkan oleh JAIS.,Master / Sarjana
Pages: 169
Call Number: LC910.M4S97 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84184+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.