Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459112
Title: Tingkah laku remaja dalam kalangan keluarga tunggal di Felda Wilayah Jengka
Authors: Salahuddin Yusof (P67061)
Supervisor: Fariza Md. Sham, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Keluarga tunggal
Single-parent families . Jengka (Pahang)
Issue Date: 7-Jan-2015
Description: Perkembangan positif remaja khususnya dari aspek tingkah laku, emosi dan sosial akan terganggu apabila berlaku kematian, perceraian dan konflik dalam keluarga. Kajian lepas menunjukkan bahawa remaja daripada keluarga tunggal didapati mengalami masalah dan kenakalan tingkah laku akibat kekurangan perhatian daripada ibu atau bapa. Namun begitu, tingkah laku remaja Islam dalam kalangan keluarga tunggal di Felda amat jarang dikaji oleh pengkaji lepas. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji bentuk tingkah laku akhlak remaja, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan tingkah laku dan situasi keluarga tunggal dalam pembentukan tingkah laku remaja dalam kalangan keluarga tunggal di Felda Wilayah Jengka, Pahang. Responden kajian dipilih secara sampel rawak mudah yang melibatkan seramai 140 orang remaja keluarga tunggal. Manakala instrumen soal selidik mengandungi 140 item soalan dan diedarkan untuk mendapatkan data. Data-data berskala Likert dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS Versi 21 untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratus. Ujian-t dan Regresi dilakukan bagi mendapatkan rumusan perbezaan jantina dan analisa faktor penyumbang. Dapatan ujian deskriptif menunjukkan bahawa tingkah laku akhlak remaja dalam kalangan keluarga tunggal berada pada tahap tinggi walaupun mereka tidak mempunyai ibu atau bapa. Dapatan juga mendapati ibu bapa ialah faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku. Di samping itu, kajian juga mendapati bahawa majoriti remaja sangat mementingkan tingkah laku terhadap ibu bapa. Manakala, ujian inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tema tingkah laku berdasarkan jantina dan melaporkan dua faktor penyumbang utama yang berhubungan dalam pembentukan tingkah laku remaja iaitu faktor ibu bapa dan faktor sekolah. Kajian ini merumuskan bahawa terdapat pelbagai faktor sama ada positif dan negatif dalam pembentukan tingkah laku remaja. Tingkah laku yang tidak dibimbing boleh menyebabkan remaja terlibat dengan gejala sosial. Oleh itu, keluarga, masyarakat dan pihak berwajib perlu prihatin dan proaktif dalam memberi bantuan serta bimbingan terhadap tingkah laku remaja dalam kalangan keluarga tunggal.,Master / Sarjana
Pages: 180
Call Number: BF724.S238 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.