Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459111
Title: Teori kejadian alam semesta agama Hindu dan Buddha
Authors: Norakmal Azraf Awaluddin (P62390)
Supervisor: Indriaty Binti Ismail, Dr
Keywords: Hindu
Buddha
Hindu cosmology
Issue Date: 20-Jan-2015
Description: Teori kejadian alam semesta adalah satu pengkajian yang mendalami struktur alam semesta secara keseluruhan. Skop pengkajiannya merangkumi lapangan sains, agama, falsafah dan mitos. Kajian ini memfokuskan sudut lapangan agama yang meletakkan beberapa pandangan berbeza berlandaskan kepada kepercayaan ketuhanan. Agama Hindu meletakkan Tuhan sebagai aspek yang penting kerana peranan-Nya sebagai Pencipta. Agama Buddha menafikan peranan Tuhan secara langsung dan menggantikan-Nya dengan gagasan sebab dan akibat (patticasamupadda). Oleh yang demikian, perbezaan pada asas ketuhanan akan menerbitkan elemen-elemen penciptaan yang berkemungkinan berbeza atau berkemungkinan sama. Kajian ini menumpukan kepada tiga objektif kajian. Objektif pertama, mengkaji asas penciptaan kejadian alam semesta agama Hindu dan Buddha. Kedua, menganalisis elemenelemen teori kejadian alam semesta agama Hindu dan Buddha. Objektif ketiga dan terakhir, mengenal pasti persamaan dan perbezaan teori kejadian alam semesta agama Hindu dan Buddha. Kajian ini menggunakan metodologi deskriptif dan kualitatif yang hanya menumpukan kepada kaedah analisis kandungan (content analysis). Dengan kaedah ini, kajian menjadi lebih bersistematik dan terfokus kepada topik kajian. Metodologi kedua adalah kaedah perbandingan terhadap segala aspek perbincangan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa asas penciptaan merupakan kunci kepada persoalan teori kejadian alam semesta yang menjadi paksi kepada perbincangan aspek elemen-elemen teori kejadian alam semesta kedua-dua agama, bahkan juga agama-agama yang lain. Kajian juga menemukan elemen-elemen penciptaan kedua-dua agama mempunyai persamaan yang ketara berlandaskan kepada kepercayaan kepada asas penciptaan kejadian alam semesta. Pengaplikasian asas penciptaan dalam teori kejadian alam semesta menunjukkan perbezaan dan imej sebenar kedua-dua agama yang mana agama Hindu kekal dengan imej politiesme, panteisme dan henoteisme dan agama Buddha dengan imej nonteisme.,Master / Sarjana
Pages: 216
Call Number: BP134.C6M834 2009
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
572.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.