Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459110
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah binti Abd. Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Kamal Md Daud (P53053)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:25Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:25Z-
dc.date.issued2015-08-03
dc.identifier.otherukmvital:84174
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459110-
dc.descriptionPendidikan agama Islam sepatutnya bermula daripada sebuah unit institusi terkecil dalam sesebuah negara iaitu, keluarga. Islam mempunyai kaedah dan bentuk pendidikannya yang tersendiri bermula daripada seseorang itu masih lagi di dalam rahim ibunya. Proses pendidikan sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan tahap penghayatan dan pengamalan Islam seseorang Muslim itu berkesan. Oleh yang demikian, peranan seseorang ketua dalam keluarga Muslim untuk memastikan semua ahli keluarganya mendapat pendidikan agama yang mencukupi adalah mustahak. Kegagalan seseorang ketua keluarga dalam menangani proses pendidikan adalah sangat berbahaya kerana ia mampu menjurus kepada masalah kepincangan keluarga dan kemusnahan kepada generasi yang berikutnya. Walau bagaimanapun, kejayaan melaksanakan proses pendidikan agama sangat bergantung kepada tahap penghayatan dan pengamalan dalam kalangan ketua-ketua keluarga tersebut. Selain daripada itu, ia juga turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti tahap penghayatan dan pengamalan Islam dalam kalangan komuniti Muslim di Keningau, Sabah. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk kualitatif yang mengembeling beberapa teknik pengumpulan data seperti soal selidik, tinjauan dan temu bual yang melibatkan beberapa ketua keluarga komuniti tempatan. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisa menggunakan kaedah Statistik Deskriptif yang terdapat dalam perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 19.0. Berdasarkan kepada hasil analisis, didapati tahap pengetahuan berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah tinggi dalam kalangan komuniti Muslim di Keningau, Sabah (skor min= 4.49). Malangnya, tahap pengetahuan yang tinggi tersebut tidak berjaya diterjemahkan kepada bentuk tindakan (amalan) yang sepatutnya menjadi model teladan (role model) kepada ahli keluarga yang lain untuk diikuti disebabkan oleh kecetekan pengetahuan agama dalam kalangan mereka (skor min= 3.36). Di samping itu, beberapa faktor persekitaran luaran seperti pengaruh rakan sebaya dan media massa telah dikenal pasti mempunyai kesan yang besar terhadap proses pelaksanaan pendidikan agama dalam kalangan mereka.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan Agama Islam
dc.subjectFamilies - Religious life - Islam
dc.titlePenghayatan masyarakat Islam Keningau,Sabah terhadap pendidikan keluarga menurut perpekstif al-quran dan al-sunnah
dc.typetheses
dc.format.pages131
dc.identifier.callnoBP188.3.F3M845 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.