Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459108
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.
dc.contributor.authorAri Kurniawan (P67906)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:20Z-
dc.date.issued2015-09-02
dc.identifier.otherukmvital:84172
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459108-
dc.descriptionGolongan remaja masa kini perlu dididik dan dibimbing agar mempunyai jati diri kebangsaan yang kukuh berteraskan kepada ajaran agama dan aspirasi bangsa kerana mereka inilah yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang. Kajian mendapati Sistem Pendidikan Kebangsaan masih belum mampu mencapai sepenuhnya hasrat Negara untuk membentuk jati diri di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan. Sementara itu, sekolah-sekolah agama dilihat mampu membina jati diri kebangsaan yang kuat kerana sekolah ini menekankan tentang tawhid dan akhlaq yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep jati diri kebangsaan dan ciri-ciri yang wujud dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama Islam dan bertujuan mengkaji perbezaan tahap jati diri kebangsaan dalam kalangan mereka berdasarkan latar belakang demografi, lokasi tempat tinggal, umur dan pendapatan keluarga. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis hubungan antara faktor berpegang kepada ajaran agama dengan nilai patriotik, mempertahankan warisan bangsa dan budaya, menghormati kesepaduan sosial dan teguh mendepani cabaran globalisasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data. Seramai 365 orang pelajar yang dipilih dalam kajian ini melalui kaedah rawak berkelompok daripada 11 buah sekolah menengah agama Islam di Negeri Johor. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, Ujian-t, ANOVA Sehala dan Kolerasi Pearson digunakan. Secara keseluruhannya, analisis data deskriptif mendapati tahap pembentukan jati diri kebangsaan bagi kelima-lima konstruk berada pada tahap tinggi (4.23 min). Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pembentukan Jati Diri Kebangsaan dengan faktor jantina, lokasi tempat tinggal, umur dan pendapatan keluarga. Hasil kajian ini juga mendapati wujud hubungan yang positif antara faktor berpegang teguh kepada ajaran agama dan akhlak dengan faktor menjiwai semangat patriotisme, mempertahankan warisan bangsa dan budaya, menghormati kesepaduan sosial serta teguh dan bijak mendepani globalisasi. Hasil kajian ini mempunyai implikasi penting kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan pendidikan dalam membina jati diri kebangsaan untuk memberi penuh perhatian kepada faktor tauhid dan akhlak dalam perancangan strategik mereka dan semasa pelaksanaannya.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectJati diri - Pelajar Sekolah
dc.subjectMuslim youth-Religious life
dc.titlePengaruh keteguhan agama terhadap pembentukan jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama Islam
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.callnoBJ1292.Y6.A75 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84172+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.