Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459107
Title: | Aplikasi terhadap tingkah laku dalam surah al-A'raf oleh saudara baru di Hidayah Centre Foundation |
Authors: | Noor Erma Azila Mohd Pawzi (P62090) |
Supervisor: | Fariza Md Sham, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Saudara baru Muslim converts-Conduct of life |
Issue Date: | 8-Sep-2015 |
Description: | Permasalahan berkaitan saudara baru kini kian rancak dibincangkan berikutan jumlah pemelukan Islam semakin bertambah setiap tahun. Saudara baru seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kecelaruan identiti, lemah interaksi sosial, masalah kewangan serta kesukaran dalam memahami al-Quran yang berkaitan tingkah laku untuk dijadikan panduan. Malah, tingkah laku saudara baru kurang dibincangkan oleh kajian lepas terutamanya dengan mencari signifikan terhadap ayat al-Quran. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji aplikasi ayat tingkah laku dalam surah al-Acraf oleh saudara baru di Hidayah Centre Foundation. Penerokaan surah al-Acraf dilakukan bagi mengenal pasti ayat tingkah laku positif dan negatif yang boleh dirujuk pada ayat 5, 12, 35, 37, 43, 53, 56, 70, 75, 76, 88, 93, 126, 128, 131, 136, 146, 150 dan 189. Dalam mengkaji tingkah laku saudara baru, sampel kajian dipilih secara persempelan rawak mudah yang melibatkan 60 responden iaitu saudara baru di bawah kelolaan Hidayah Centre Foundation dengan edaran borang soal selidik. Item Soal selidik dibentuk dengan berpandukan terma-terma tingkah laku yang terdapat dalam surah al-Acraf. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences versi 22. Dapatan penerokaan ayat tingkah laku mencatatkan sebanyak 9 tingkah laku positif iaitu ayat 12 (takut dan berharap), 93 (memberi nasihat dan bersedih), 126 (sabar dan tawakal), 128 (bertakwa), 189 (senang hati dan bersyukur) dan 10 tingkah laku negatif iaitu ayat 5 (zalim), 70 (tidak bersyukur dan sombong), 75, 76, 88, 131dan 146 (sombong), 35 (bimbang), 37 (menipu), 43 (dendam dan dengki), 53 (mengada-adakan yang bertentangan dengan Islam) dan 150 (marah dan dukacita). Hasil kajian turut mendapati saudara baru secara keseluruhannya mengaplikasi tingkah laku yang terdapat dalam surah al-Acraf dengan skala lima tertinggi iaitu pada tingkah laku takut dan tawakal (91%), bersyukur (88.4%), bertakwa (86.7%) dan berharap (86.6%). Implikasi kajian ini ialah dapat membentuk kerangka teori tingkah laku berdasarkan al-Quran untuk kegunaan saudara baru serta kajian ini turut dapat dijadikan panduan kepada agensi kerajaan dan budan bukan kerajaan (NGO) dalam memahami tingkah laku serta membimbing saudara baru.,Master / Sarjana |
Pages: | 122 |
Call Number: | BP170.5.N645 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84171+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.44 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.