Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459101
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaizul Ab. Rahman, Dr.
dc.contributor.authorDzulkarnain Abdullah (P61390)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:05Z-
dc.date.issued2015-07-28
dc.identifier.otherukmvital:84167
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459101-
dc.descriptionTingkah laku bermasalah disiplin dalam kalangan pelajar masih menjadi isu utama dalam arena pendidikan di Malaysia masa kini. Senario ini menggambarkan bahawa pengajaran dan pembelajaran akidah masih belum dapat mencapai objektif membentuk pelajar yang berakhlak. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman akidah dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin, tahap tingkah laku bermasalah disiplin dan persepsi pelajar terhadap pengajaran akidah oleh guru Pendidikan Islam di sekolah. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman akidah dengan tahap tingkah laku bermasalah pelajar dan hubungan antara persepsi pelajar terhadap pengajaran akidah dengan tahap kefahaman akidah mereka. Sampel kajian terdiri daripada 180 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara rawak dari 8 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru, Johor. Data-data telah dikumpulkan menggunakan kaedah tinjauan melalui satu set instrumen soal selidik. Di samping itu data-data yang diperoleh melalui temu bual separa berstruktur turut digunakan bagi memperoleh data-data trigulasi. Data di analisis dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS for Window Version 19.0 iaitu min, kekerapan, peratus, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati min tahap kefahaman akidah pelajar bermasalah disiplin berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.99), min tahap tingkah laku bermasalah disiplin pelajar berada pada tahap sederhana rendah (min=2.43) dan min persepsi pelajar terhadap pengajaran akidah oleh guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi(min=3.93). Analisis Korelasi mendapati adanya hubungan signifikan yang sederhana antara tahap kefahaman akidah dengan tahap tingkah laku bermasalah disiplin pelajar(r=0.384) dan adanya hubungan signifikan yang kukuh antara persepsi pelajar terhadap pengajaran akidah oleh guru dengan tahap kefahaman akidah mereka(r=0.572). Secara keseluruhan, dapatan kajian ini mempunyai nilai dalam merangka dasar pendidikan akidah yang lebih menyeluruh, merancang metodologi pengajaran berkesan dan memperkasakan program keagamaan yang berteraskan prinsip-prinsip akidah Islam sebagai usaha memantapkan kefahaman akidah dalam kalangan pelajar.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAkidah pelajar
dc.subjectMuslim teenagers-Conduct of life-Johor Bahru (Johor)
dc.titleTahap kefahaman akidah dan hubungannya dengan tingkah laku bermasalah disiplin pelajar di daerah Johor Bahru
dc.typetheses
dc.format.pages221
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84167+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.