Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459099
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Dr.
dc.contributor.authorZuraini Yaakub (P68674)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:01Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:01Z-
dc.date.issued2015-06-06
dc.identifier.otherukmvital:84164
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459099-
dc.descriptionAutistic Spectrum Disorders (ASD) adalah suatu sindrom kecelaruan neurologi yang merencatkan perkembangan mental sebahagian penghidapnya. Walaupun kerencatan mental ini tidak mengganggu perkembangan seksual individu ASD tetapi kajian lalu membuktikan bahawa kadar seksualiti remaja ASD lebih tinggi daripada remaja normal sehingga menyebabkan mereka seringkali secara ketara mempamerkan tingkah laku seksual yang tidak sopan di hadapan umum. Sebahagian Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (GPPKI), telah menggunakan kaedah yang diadaptasi dari Barat seperti masturbasi untuk mengatasi perilaku seksual remaja ASD yang keterlaluan ini. Situasi ini berlaku berikutan tiada garis panduan khusus di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap pelaksanaan intervensi perilaku seksual remaja ASD tersebut. Justeru, objektif perbincangan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perilaku seksual remaja ASD di PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi), menganalisis pelaksanaan intervensi perilaku tersebut oleh GPPKI dan mengkaji pandangan fuqaha' berkaitan amalan intervensi perilaku seksual remaja ASD melalui kaedah masturbasi tersebut. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes di pelbagai tempat lapangan. Manakala pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen daripada sumber-sumber seperti kitab-kitab fiqh, buku-buku dan jurnal-jurnal. Kaedah temu bual separa struktur juga dilakukan terhadap sebelas orang GPPKI yang dipilih secara purposive sampling dengan menggunakan teknik snowball sampling dan melakukan initial interview terlebih dahulu bagi mendapatkan key informant. Data-data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif, deduktif dan induktif. Hasil kajian mendapati bahawa perilaku seksual adalah signifikan dengan remaja ASD di PPKI seperti masturbasi, menyentuh orang lain secara tidak sopan termasuk anggota seksual, menunjukkan kemaluan di khalayak ramai, mengintai dan segelintir yang cenderung kepada hubungan homoseksual. Amalan yang dilakukan oleh GPPKI untuk menangani perilaku seksual tersebut adalah menegur secara berhikmah, mengalihkan perhatian mereka kepada perkara lain atau sesuatu yang menjadi minatnya, meletakkan di bawah pancuran air dan melakukan masturbasi dengan pemantauan. Berdasarkan pandangan pakar fiqh tentang amalan intervensi melalui masturbasi oleh GPPKI terhadap perilaku sesual remaja ASD, ianya diharuskan dengan syarat GPPKI mestilah mengetahui tahap keseriusan ASD untuk menimbang antara maslahah dan mafsadah masturbasi sama ada lebih baik dilakukan atau ditinggalkan. Implikasi kajian ini mencadangkan garis panduan khusus kepada para GPPKI di Malaysia dalam menangani perilaku seksual remaja ASD di PPKI.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectSeksual remaja
dc.subjectYouth with autism spectrum disorders-Behavior modification
dc.titleAmalan intervensi perilaku seksual remaja autistic spectrum disorders (ASD) oleh guru Program Pendidikan Khas Integrasi (GPPKI)
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoRJ506.A9.Z845 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84164+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.