Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459098
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Dahlan Salleh, Dr
dc.contributor.authorMuhamad Zuhaili Saiman (P68651)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:42:59Z-
dc.date.available2023-09-13T07:42:59Z-
dc.date.issued2014-06-25
dc.identifier.otherukmvital:84161
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459098-
dc.descriptionJual beli emas di Malaysia mencapai satu pemasaran yang cukup meluas dengan pelbagai produk yang diwujudkan oleh pelbagai agensi emas seperti Public Gold, Bunga Emas, Hidayah Emas Agensi, Poh Kong dan sebagainya. Emas turut dilobi sebagai satu pelaburan dengan wujudnya akaun-akaun simpanan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, Public Bank, Citibank dan Kuwait Finance House. Bagaimanapun, terdapat isu urusniaga emas yang dilakukan secara bertangguh. Penangguhan tersebut menyebabkan urusniaga yang dilakukan adalah bercanggah dengan syarak. Namun perkara tersebut cuba disembunyikan dengan pemakaian helah dalam urusniaga emas. Justeru, kajian ini bertujuan membentuk parameter urusniaga emas berkaitan penggunaan helah yang dibenarkan oleh syarak. Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Kajian ini dilakukan ke atas beberapa aplikasi urusniaga emas dalam produk semasa bagi menguji pemakaian helah menurut parameter yang dibentuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep urusniaga yang melibatkan emas sebagai barang ribawi mestilah secara tunai (al-hulul) dan berlaku penyerahan barang dalam majlis (al-taqabud) serta sama kuantitinya (al-tamathul) jika melibatkan pertukaran emas dengan emas. Selain itu, parameter penggunaan helah secara umum menggariskan empat syarat iaitu menepati kehendak syarak, tidak bertentangan dengan nas muktamad, helah bukan bertujuan melarikan diri dari tanggungjawab agama dan penggunaan helah secara zahirnya tidak bercanggah dengan syarak. Penggunaan paramater tersebut supaya tidak membuka ruang kepada berlakunya unsur riba dalam jual beli emas dengan cara bertangguh atas alasan perbezaan pandangan ulama. Hasil kajian ini satu parameter khusus berkaitan urusniaga emas dibentuk menjadi indikator sebagai panduan dalam transaksi jual beli emas agar tidak berlaku penangguhan. Parameter tersebut menggariskan tiga perkara iaitu berlaku qabd hukmiy, cadangan kontrak al-wakalah bi al-ujrah dalam ketiadaan emas dan wujudnya hajah cammah yang berisiko besar dalam mematuhi syarat keadaan darurah. Justeru, penggunaan parameter yang dibentuk ini mampu mengelakkan berlakunya helah riba dalam transaksi jual emas secara bertangguh.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectInterest (Islamic law)
dc.titleHelah riba dalam transaksi jual beli emas secara bertangguh
dc.typetheses
dc.format.pages127
dc.identifier.callnoBP158.I5 M849 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84161+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.