Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459097
Title: Isu-isu wanita Islam dalam Swara Rahima menurut Rahima, Indonesia
Authors: Mohd Hanif Dzulkifli (P57395)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Wanita Islam - Indonesia
Swara Rahima
Rahima (Organization)
Issue Date: 22-Dec-2014
Description: Islam adalah agama kesejahteraan serta keamanan dan disebabkan itu Islam menerima konsep kesetaraan atau keadilan yang berpaksikan kepada nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kajian ini meneliti isu-isu dan hak-hak wanita Islam yang dihuraikan dalam majalah Swara Rahima oleh kumpulan aktivis Rahima, Indonesia. Rahima merupakan Pusat Pendidikan Informasi Islam dan Hak-hak Perempuan yang ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai reaksi kepada perbincangan dalam masyarakat mengenai isu-isu gender dan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenali kumpulan Rahima dan menganalisis isu-isu yang dibincangkan dalam Swara Rahima. Ia juga akan membuat penilaian terhadap jalan penyelesaian yang diberikan kepada isu-isu yang dibincangkan sama ada bersesuaian dengan tafsiran muktabar ataupun bertentangan. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kajian dokumentasi majalah Swara Rahima. Penemuan kajian mendapati bahawa Rahima sentiasa peka dengan isu-isu semasa wanita Islam di Indonesia dan antara isu yang menjadi fokus perjuangan mereka ialah pendidikan kritis dan penyebaran maklumat mengenai hak-hak wanita di pesantren. Program yang dilakukan adalah memperkenalkan pemahaman Islam yang menjunjung tinggi kesetaraan wanita dan menghargai pluraliti. Rahima juga menjalankan penyelidikan dan aktif dalam penerbitan bahan-bahan yang berkaitan dari perspektif Islam dan hak-hak wanita. Kajian ini memberi implikasi khususnya dari segi penemuan baru yang mempunyai perbezaan dengan hasil kajian atau kesimpulan ilmuwan terdahulu.,Master / Sarjana
Pages: 92
Call Number: HQ2004.M849 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84160+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.