Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459096
Title: | Amalan pengurusan wakaf tunai di Negeri Terengganu |
Authors: | Muhamad Khairul Izzul Anang (P56865) |
Supervisor: | Mohd Zamro bin Muda |
Keywords: | Wakaf - Malaysia Charitable uses trusts and foundations (Islamic law) - Malaysia - Terengganu. |
Issue Date: | 9-Mar-2015 |
Description: | Wakaf tunai MAIDAM Terengganu mula berkuat kuasa bermula tahun 2007 dan sehingga tahun 2013 penubuhannya telah menjangkau hampir 6 tahun. Melihat pada tempoh tersebut maka sudah pasti wakaf tunai MAIDAM dikenali di seluruh Terengganu dan mendapat sambutan yang memberansangkan. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kekurangan kakitangan dalam pengurusan wakaf tunai MAIDAM menjadi kekangan utama dalam merealisasikan dasar yang telah dibuat sehingga timbulnya pelbagai permasalahan sampingan yang merencatkan aktiviti pengurusan wakaf tunai di MAIDAM. Menyedari potensi yang ada maka strategi khusus perlu dibina bagi meningkatkan pembangunan wakaf tunai MAIDAM. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan wakaf tunai yang diamalkan di MAIDAM serta membuat kesimpulan terhadap kajian tersebut. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti konsep wakaf dan wakaf tunai yang sebenar menurut perspektif Islam disamping mengkaji tatacara yang diguna pakai dalam pengurusan wakaf tunai oleh MAIDAM. Seterusnya menganalisis kekangan yang dihadapi oleh MAIDAM dalam pengurusan wakaf tunai serta cadangan penyelesaiannya. Bagi merealisasikan objektif tersebut, kajian ini merangkumi kajian kepustakaan dan kajian berbentuk lapangan. Dalam menjalankan kajian ini, dua kaedah yang digunakan iaitu menganalisis data yang dikumpul dan kaedah menemubual kepada dua orang informan yang terlibat dengan pengurusan wakaf tunai MAIDAM. Kajian dilakukan secara diskriktif berdasarkan amalan MAIDAM selaku institusi yang bertanggung jawab menguruskan harta wakaf termasuk wakaf tunai. Hasil kajian mendapati wakaf tunai MAIDAM berpotensi tinggi dalam menggerakkan sosio ekonomi negeri. Berdasarkan kepada hasil kutipan wakaf tunai dari tahun 2007 hingga tahun 2013 adalah sebanyak RM 4,962,079 adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan jumlah penyertaan adalah seramai 391 orang sahaja sepanjang tempoh 6 tahun. Walau bagaimanapun kajian juga mendapati sambutan masyarakat terhadap wakaf tunai MAIDAM masih di tahap yang rendah, kekurangan kakitangan dalam pengurusan wakaf tunai menjadi kekangan utama disamping kurangnya promosi menyebabkan wakaf tunai MAIDAM tidak dapat beroperasi dengan baik disamping dokumentasi yang tidak sistematik serta kurangnya tenaga kerja yang profesional menambahkan lagi kepincangan tersebut. Justeru pihak berwajib MAIDAM harus segera bertindak bagi menangani permasalahan tersebut demi untuk manfaat umat Islam seluruhnya.,Master / Sarjana |
Pages: | 117 |
Call Number: | BP158.C47M845 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84155+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.