Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459092
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fariza binti Md. Sham, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Warda Misnon (P57044) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:42:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:42:45Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84152 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459092 | - |
dc.description | Perkhidmatan kaunseling dalam perkhidmatan awam telah mendapat pengiktirafan sebagai satu perkhidmatan yang berperanan membangun modal insan sektor awam. Pengurusan kaunseling yang baik dan berkesan dapat membantu anggota pengkhidmat awam daripada terjerumus kepada pelbagai masalah yang membelenggu seperti masalah peribadi, kerjaya, keluarga, disiplin dan sebagainya. Hal ini memerlukan kepada suatu pendekatan kaunseling yang mantap dan sesuai bagi menjamin keberkesanan kaunseling serta dapat mencapai matlamat kaunseling itu sendiri. Namun persoalannya adakah pendekatan kaunseling sedia ada ini dianggap sudah memadai dan menepati kehendak syariat Islam? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan kaunseling Islam yang dijalankan dalam kalangan penjawat awam bermasalah dengan mengkaji proses pelaksanaan, penerapan nilai-nilai dakwah serta kesan kaunseling yang dijalankan. Rekabentuk kajian adalah kajian tinjauan. Data dalam kajian ini dikumpul melalui tiga teknik iaitu kajian kepustakaan, soal selidik dan temu bual. Seramai 100 orang penjawat awam yang pernah menjalani sesi kaunseling di unit kaunseling kementerian dan jabatan kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dipilih sebagai sampel menggunakan teknik persampelan secara convenience. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif melalui perisian komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Teknik ini menghuraikan dan mempersembahkan data dalam bentuk taburan kekerapan (frequency distribution) peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan proses pelaksanaan kaunseling yang dijalankan oleh unit kaunseling di kementerian dan jabatan kerajaan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya memenuhi kriteria kaunseling Islam seperti yang disarankan, mengandungi nilai-nilai dakwah dan memberi kesan positif kepada penjawat awam dalam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja berdasarkan min keseluruhan setiap item diinterpretasikan berada di tahap tinggi dengan nilai skor min antara 4.19 hingga 4.26. Implikasi kajian ialah dapat memperkukuhkan pelaksanaan kaunseling Islam dalam perkhidmatan awam. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati perkhidmatan kaunseling Islam yang dilaksana dalam perkhidmatan awam selari dengan konsep kaunseling Islam.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kaunseling - Penjawat Awam | |
dc.subject | Counseling - Religious aspects - Islam. | |
dc.title | Pendekatan kaunseling Islam dalam menangani permasalahan penjawat awam : kajian di Kementerian dan Jabatan sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 159 | |
dc.identifier.callno | BP190.5.C64W34 2015 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84152+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.