Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459091
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbnor Azli Ibrahim, Dr.
dc.contributor.authorNor Azimah Azmi (P56892)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:42:43Z-
dc.date.available2023-09-13T07:42:43Z-
dc.date.issued2015-05-06
dc.identifier.otherukmvital:84150
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459091-
dc.descriptionPenglibatan wanita sebagai pekerja seks merupakan gejala mungkar yang boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan negara. Walaupun pelbagai pendekatan telah digunakan oleh berbagai pihak bagi mengawal kegiatan ini daripada berleluasa namun kegiatan tersebut masih belum dapat dibendung. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor keterlibatan dan kekekalan wanita sebagai pekerja seks di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di samping itu kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti langkah-langkah pemulihan menurut Islam dan usaha yang telah dijalankan oleh Rumah Sinar Salam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen temu bual separa struktur untuk mendapatkan faktor–faktor keterlibatan wanita dalam pekerjaan seks. Melalui kaedah ini juga kitab-kitab turath dan semasa dianalisis bagi mendapatkan teknik dan kaedah pemulihan pekerja seks yang diilhamkan oleh nas-nas al-Quran dan hadith serta pandangan para ulama. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara deskriptif bagi menjelaskan fenomena-fenomena yang berlaku secara jelas melalui dokumen-dokumen yang diperolehi oleh penulis. Hasil kajian ini mendapati beberapa faktor keterlibatan wanita dalam kemungkaran ini antaranya ialah penagihan dadah, terlibat dalam sindiket dan kurang pengetahuan agama. Kajian mendapati tiada perbahasan fiqh yang khusus tentang kaedah pemulihan terhadap mereka, di samping tiada mekanisme yang jelas untuk mendakwa pekerja seks ini kerana kekaburan statusnya sebagai pelacur atau sekadar penzina. Usaha pemulihan yang komprehensif pula belum pernah dilakukan. Kajian ini juga mendapati bahawa Rumah Sinar Salam telah berperanan dalam usaha pemulihan terhadap mereka tetapi ia perlu kepada sokongan modul, kewangan dan latihan yang mencukupi dari sudut dakwah dan urus tadbir. Kajian ini mencadangkan kerjasama yang lebih erat antara agensi yang berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).  ,Sarjana / Master
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPekerja seks - wanita
dc.subjectProstitution - Religious aspects - Islam.
dc.titleFaktor keterlibatan wanita sebagai pekerja seks dan langkah pemulihan : kajian di rumah Sinar Salam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.callnoHQ242.6.K8 N64 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84150+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.