Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459090
Title: Tema-tema feminisme dalam karya Nawal el-Saadawi : kajian dari perspektif Islam
Authors: Maryam Habibah Kamis (P57605)
Supervisor: Indriaty binti Ismail, Dr
Keywords: karya Nawal el-Saadawi
Dissertations
Academic
Issue Date: 10-Jul-2015
Description: Kajian ini membincangkan isu-isu dan hak-hak wanita Islam yang diperjuangkan oleh aktivis dan feminis Nawal el Saadawi. Nawal el Saadawi merupakan tokoh besar dalam wacana feminisme Islam Arab yang menyuarakan penderitaan wanita-wanita Arab menerusi karya-karya sastera. Antara karya sastera beliau yang difokuskan dalam tesis ini ialah empat buah novel terkenal al-Wajh al-Ari li al-Mar'ah al-cArabiyyah (1977), Suqut al-Imam (1987), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan Zinah (2009). Objektif kajian ialah untuk mengkaji novelis Nawal el Saadawi dari sudut latar belakang dan faktor kecenderungan penulisan novel beliau. Objektif kedua ialah mengenal pasti tema-tema feminisme dalam keempat-empat buah karya beliau, dan objektif terakhir ialah menganalisis serta membuat penilaian terhadap tema-tema feminisme dalam karya beliau sama ada memperlihatkan kecenderungan kepada perjuangan feminisme Barat ataupun memperlihatkan semangat feminisme Muslim tulen. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan, persejarahan, tematik dan perbandingan. Hasil kajian mendapati bahawa novelis dan feminis Nawal el Saadawi berjaya meluahkan idea-idea pemikiran yang lebih moden bersesuaian dengan peningkatan intelektual masyarakat Arab masa kini, namun pada masa yang sama begitu lantang dalam menyanggahi dan mempertikaikan beberapa perkara yang melibatkan hukum Islam. Antara aspek yang menjadi tumpuan perbincangan beliau dalam keempat-empat novelnya adalah sistem patriarki; pencacatan organ kelamin; institusi kekeluargaan yang melibatkan perkahwinan, perwalian, perceraian, poligami, kepimpinan dalam keluarga, nusyuz; politik; pekerjaan domestik dan pendidikan. Novel-novel tulisan beliau menjadi medium utama bagi beliau meluahkan kritik dan komentar terhadap praktis budaya Arab sejak zaman mudanya hingga kini .,Master / Sarjana
Pages: 207
Call Number: PJ7862.A3 A66 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84149+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.