Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459089
Title: Tanda aras syariah bagi saham syarikat bercampur menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam
Authors: Abdul Musyrif Mohamad Khalil (P54725)
Supervisor: Abdul Musyrif Mohamad Khalil
Keywords: Sistem kewangan Islam
Pelaburan - Islam
Dissertations
Academic
Issue Date: 26-Jun-2015
Description: Tanda aras syariah bagi mengkategorikan sesebuah syarikat sebagai patuh syariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah dikemaskini selaras dengan tuntutan semasa sistem kewangan Islam. Namun demikian, sejauh mana perubahan ini seiring dengan kaedah penyaringan yang dilakukan oleh badan syariah di peringkat antarabangsa terutamanya Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) yang diterima oleh dunia. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti sejauh mana pendekatan yang dikemukakan oleh SC dan AAOIFI dalam mengklasifikasikan status kepatuhan syariah sesuatu saham. Kajian ini dibataskan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), sebuah organisasi penyeliaan antarabangsa yang berpusat di Bahrain. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan pengumpulan data menerusi buku-buku, jurnal dan seumpamanya. Temubual juga dilakukan dengan beberapa pakar syariah bagi menguatkan hasil kajian. Hasil kajian mendapati, masih terdapat perbezaan pandangan dalam resolusi syariah antara Malaysia dan peringkat antarabangsa khususnya di Timur Tengah berkenaan piawaian bagi saham syarikat bercampur. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan pandangan dalam penetapan tanda aras bagi aktiviti perniagaan tidak patuh syariah dan nisbah kewangan. AAOIFI mengambil kira kadar jumlah aset sebenar (illiquid assets) yang dimiliki oleh sesebuah syarikat dalam menentukan status kepatuhan syariah bagi syarikat tersebut berbanding SC yang tidak mengambil kira pendekatan tersebut. Selain itu, hasil kajian turut mendapati bahawa AAOIFI menetapkan supaya setiap bahagian haram yang timbul daripada sebarang aktiviti tidak patuh syariah perlu dilupuskan dengan disalurkan kepada urusan kebajikan atau perkara berkaitan maslahah ummah berbanding SC yang menetapkan pelupusan harta yang haram sekiranya sesuatu saham tersebut berubah daripada status patuh syariah kepada tidak patuh syariah sahaja. Justeru, kriteria tanda aras syariah SC perlu dinilai semula bagi diterima di peringkat antarabangsa dan seterusnya menggalakan para pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia.,Master/Sarjana
Pages: 154
Call Number: BP158.I54 A236 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84148+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.