Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459088
Title: Unsur gaya bahasa al-tashbih dalam kitab al-Arba'in al-Nawawiyyah
Authors: Shahrulnizam Abu Sukor (P62777)
Supervisor: Md. Nor bin Abdullah, Dr.
Keywords: Bahasa Al-tashbih
kitab al-Arba'in al-Nawawiyyah
Hadith - Language
style - Rhetoric.
Issue Date: 10-Sep-2015
Description: Sejak akhir-akhir ini, terdapat golongan yang menolak kesahihan hadis Rasulullah SAW sekaligus mendakwa hadis itu adalah palsu dan rekaan semata-mata. Walaupun hadis Rasulullah SAW diperlekehkan oleh golongan antihadis ini, namun kekuatan dan ketulenannya boleh dibuktikan melalui pelbagai aspek dan di antaranya melalui aspek keindahan bahasa. Antara aspek keindahan bahasa yang boleh dibuktikan dalam hadis Rasulullah SAW ialah unsur gaya bahasa al-tashbih yang mempunyai kekuatan tersendiri serta mampu mendukung keindahan bahasa tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis al-tashbih yang digunakan oleh Rasulullah SAW selain untuk meneliti tujuan dan kesignifikanan penggunaan al-tashbih secara khususnya seperti yang terdapat dalam Kitab al-Arbacīn al-Nawawiyyah. Lantaran itu, satu kajian kepustakaan dengan analisis data secara deskriptif telah dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 10 hadis Rasulullah SAW yang menggunakan unsur gaya bahasa al-tashbih. Daripada 10 hadis tersebut, terdapat 30 frasa yang menggunakan unsur gaya bahasa al-tashbih. Tujuan penggunaan al-tashbih dalam hadis tersebut adalah untuk menjelaskan keadaan al-mushabbah, kadar penggunaannya, memperakui keadaan al-mushabbah, memperindahkan al-mushabbah dan juga menjelaskan kejian terhadap al-mushabbah. Hanya dua jenis al-tashbih yang digunakan iaitu; al-tashbih al-mursal al-mujmal dan al-tashbihal-balīgh. Dari segi rukun al-tashbih pula, tidak terdapat satu hadis pun yang menggunakan keempatempat rukun al-tashbih bahkan terdapat hadis yang hanya menggunakan dua rukun sahaja iaitu al-mushabbah dan al-mushabbah bih. Adāt al-tashbih dari jenis huruf k af dan kaanna sahaja yang digunakan dalam Kitab al-Arbacīn al-Nawawiyyah. Antara nilai yang ingin dijelaskan oleh Rasulullah SAW ialah khusyuk dan ikhlas, berhatihati dan berwaspada, kasih sayang sesama insan, memelihara iman, zikrullah, bersabar dan bersedekah, rahmat dan kelimpahan nikmat Allah SWT, ikutan melalui contoh tauladan, bersyukur dan menghargai setiap ciptaanAllah SWT, mencari pahala dan menjauhi dosa, baik hati serta keutamaan mengejar ukhrawi daripada duniawi. Kajian ini mencadangkan supaya pengkaji yang akan datang meneliti serta menerokai unsur gaya bahasa yang terdapat dalam ilmu balaghah sama ada dalam hadis Rasulullah SAW ataupun syair Arab. Akhir sekali, kajian terhadap al-tashbih, jenis-jenis al-tashbih, tujuan serta nilai penggunaannya dalam hadis Rasulullah SAW itu mampu membuktikan ketulenan dan kesahihan hadis Rasulullah SAW, iaitu melalui instrumen unsur gaya bahasa al-tashbih sekaligus menangkis dakwaan golongan yang memperkatakan hadis Rasulullah SAW adalah palsu.,Sarjana/Master
Pages: 115
Call Number: PJ6697.Z5 R456 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84147+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.