Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459087
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUstaz Mohd Akil Muhamed Ali-
dc.contributor.authorNurul Farahain Ismail (P62094)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:42:34Z-
dc.date.available2023-09-13T07:42:34Z-
dc.date.issued2015-09-01-
dc.identifier.otherukmvital:84126-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459087-
dc.descriptionIslam tidak menghalang kebebasan wanita Islam untuk bekerja, tetapi membatasi kebebasan tersebut dengan peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh wanita bertujuan untuk kebaikan wanita sendiri. Dewasa ini, ramai golongan wanita dari pelbagai peringkat umur menyertai pelbagai lapangan pekerjaan di luar rumah untuk memenuhi keperluan hidup. Namun, mereka sering dikaitkan dengan masalah sosial seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, gangguan seksual, permasalahan rumahtangga dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan permasalahan perlu dikaji untuk mencari jalan keluar bagi masalah ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmanakah wanita yang berkerjaya pada hari ini memahami dan mengamalkan batas-batas syarak semasa keluar bekerja dan untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman dan pengamalan antara kumpulan-kumpulan taraf pendidikan wanita. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dalam bentuk penyelidikan kuantitatif, yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 380 responden kajian dipilih dari kalangan wanita berkerjaya di Kota Bharu dengan menggunakan persampelan rawak berkelompok. Dalam kajian ini, data statistik deskriptif dianalisis untuk mendapatkan nilai kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Manakala, data statistik inferensi dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi bagi semua item di dalam soal selidik yang digunakan adalah tinggi iaitu α = 0.882. Hasil dapatan kajian daripada analisis deskriptif mendapati bahawa tahap kefahaman wanita berkerjaya mengenai batas-batas syarak berada tahap sederhana tinggi. Terdapat 1.3 hingga 27.4 peratus daripada responden tidak memahami batas-batas syarak yang ditetapkan oleh Islam kepada mereka. Manakala, tahap pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak juga berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat 1.1 hingga 29.7 peratus daripada responden tidak mengamalkan batas-batas syarak ketika keluar bekerja. Bagi analisis inferensi pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman dan pengamalan wanita berkerjaya terhadap batas-batas syarak berdasarkan taraf-taraf pendidikan mereka, dengan aras kesignifikanan, p< 0.05. Implikasi daripada dapatan kajian ini, pentingnya bagi wanita berkerjaya untuk berusaha meningkatkan pengetahuan agama agar boleh memantapkan pegangan akidah dan mampu mengamalkan syariat Islam di dalam menjaga batas-batas dan etika bekerja. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat dan menjadi panduan kepada semua pihak yang berkepentingan dalam mendapatkan kefahaman mengenai konsep wanita berkerjaya menurut perspektif Islam.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWanita berkerjaya-
dc.subjectBatas syarak-
dc.subjectWomen employees - Religious life - Kota Bharu (Kelantan)-
dc.titleTahap kefahaman dan pengamalan terhadap batas-batas syarak dalam kalangan wanita berkerjaya di Kota Bharu Kelantan-
dc.typetheses-
dc.format.pages204-
dc.identifier.callnoBJ1292.W6N84 2015 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84126+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.