Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459079
Title: Metodologi imam al-Tirmidhi dalam menerangkan masalah khilaf fiqhi
Authors: Ahnaf Wafi Alias (P67747)
Supervisor: Ahamad Asmadi Sakat, Dr.
Keywords: Khilaf Fiqhi
Islamic law - Interpretation and construction - Early works to 1800.
Issue Date: 27-Jul-2015
Description: Jamic al-Tirmidhi merupakan salah sebuah kitab hadis yang banyak membincangkan mengenai permasalahan fiqh para sahabat Nabi s.a.w., tabicin dan fuqaha' sehingga ke zaman Imam al-Tirmidhi. Teknik penulisan yang menggabungkan metode para muhaditthin dan fuqaha' menjadikan kitab ini berbeza dengan karya lain iaitu bukan sahaja membincangkan tentang kedudukan sesuatu hadis, bahkan turut mengemukakan permasalahan khilaf fiqhi. Justeru, adalah menjadi suatu keperluan kepada para pengkaji untuk meneliti dan memahami metodologi yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan perbezaan pendapat. Kajian ini secara umumnya bertujuan menjelaskan tentang lima teknik yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan khilaf berserta contoh dan tumpuan khusus diberikan kepada teknik tarjamah mursalah. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dan rujukan utama yang digunakan ialah kitab Jamic al-Tirmidhi. Manakala kaedah yang digunakan untuk menganalisis data adalah melalui pendekatan deskriptif. Sebanyak dua puluh hadis yang membincangkan tentang khilaf fiqhi dalam teknik tarjamah mursalah telah dipilih secara rawak sebagai sample kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, Imam al-Tirmidhi menggunakan teknik tarjamah mursalah melalui kalimah “Bab” tanpa disusuli dengan perkataan lain sebanyak tiga kali, menggunakan kalimah “Bab Minhu” sebanyak sembilan kali, menggunakan kalimah “Bab Akhar” sebanyak sekali, menggunakan kalimah “Bab Minhu Akhar” sebanyak tiga kali dan menggunakan kalimah “Bab Minhu Aidan” sebanyak empat kali dalam menerangkan khilaf fiqhi. Teknik ini mempunyai maqasid yang tersendiri iaitu menerangkan dalil yang paling kuat antara dua bab, amalan yang paling rajih di sisi majoriti ulama dan menerangkan fiqh perbandingan. Selain itu, beliau turut menggunakan teknik tarjamah mursalah dalam menerangkan ijmac, furuc dan nasikh mansukh. Pemahaman terhadap metode penulisan Imam al-Tirmidhi dalam menerangkan khilaf merupakan suatu perkara penting kepada para pengkaji untuk memastikan permasalahan ini dapat diselesaikan secara beradab serta terselamat daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.,Master / Sarjana
Pages: 158
Call Number: BP158.I38A375 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84033+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.