Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459076
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUstaz Ezad Azraai Jamsari
dc.contributor.authorMariam Farhana Md Nasir (P57725)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:42:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:42:09Z-
dc.date.issued2015-01-14
dc.identifier.otherukmvital:84028
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459076-
dc.descriptionPencapaian tamadun dalam Kerajaan Banu Marin era Sultan Abu Sa'id Uthman II menyaksikan perkembangan yang berlaku secara perlahan dan mendatar. Penumpuan kepada usaha mempertahankan kerajaan dan perluasan pengaruh politik lebih giat dilaksanakan berbanding aspek kemajuan seni bina. Kelemahan gerakan jihad menjadikan kerajaan tersebut semakin merosot. Namun begitu, pemerintahan Sultan Abu al-Hasan Ali pada 731H/1331M telah menyaksikan beberapa perubahan yang berlaku dalam aspek seni bina dan gerakan jihad, sekaligus menjadikan era kegemilangan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti latar belakang dan sifat peribadi Sultan Abu al-Hasan Ali sebagai seorang pemerintah yang cemerlang, selain menganalisis sumbangan beliau dalam aspek seni bina, yang menjadi lambang kekuatan dan kemegahan Kerajaan Banu Marin. Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai faktor kejayaan dalam gerakan jihad dan ketenteraan kerajaan tersebut. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan dengan melakukan penelitian terhadap karya-karya primer dan sekunder, khususnya yang berkaitan secara langsung dengan sejarah Kerajaan Banu Marin era Sultan Abu al-Hasan cAli. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Sultan Abu al-Hasan cAli telah memainkan peranan yang penting dalam Kerajaan Banu Marin khususnya dalam kesenian dan gerakan jihad. Selain itu, faktor keindahan dan tarikan seni bina juga menyebabkan kerajaan tersebut mahsyur serta menjadi tumpuan masyarakat seantero dunia. Manakala faktor yang mendorong kejayaan kerajaan tersebut dalam aspek gerakan jihad ialah pembentukan pasukan tentera yang hebat, serta sikap mengambil berat dalam menjaga kebajikan rakyat dan tentera oleh Sultan Abu al-Hasan cAli. Penerapan ruh Islam yang tinggi menjadi punca segala kejayaan beliau dalam pentadbiran. Kerajaan Banu Marin bukan sahaja cemerlang dari aspek kesenian dan gerakan jihad, bahkan turut cemerlang dalam aspek ekonomi, politik dan perkembangan intelektual. Sumbangan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan pembangunan kesenian dan gerakan jihad yang perlu diterapkan dalam memastikan perjalanan, keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan. Di samping itu, kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat usaha Sultan Abu al-Hasan cAli dalam memastikan kerajaan yang dipimpin menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dan cemerlang. Dengan pencapaian kedua-dua aspek ini, beliau merupakan pemerintah yang paling cemerlang dalam pemerintahan Kerajaan Banu Marin.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectSeni bina
dc.subjectGerakan jihad
dc.subjectMorocco Kings and rulers
dc.titleSumbangan Sultan Abu al-Hasan Ali dalam aspek seni bina dan gerakan jihad Kerajaan Banu Marin
dc.typetheses
dc.format.pages103
dc.identifier.callnoDT319 .M346 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.