Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459074
Title: Kemahiran mengenal asas dan membaca al-Quran dalam kalangan saudara baru di Kompleks Darul Hidayah Kuala Terengganu
Authors: Noor Elyani Alias (P62403)
Supervisor: Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Dr.
Keywords: Saudara baru
Al-Quran
Muslim converts
Issue Date: 28-Jan-2015
Description: Saudara baru adalah individu yang baharu memeluk agama Islam dan mendapat bimbingan membaca al-Quran. Namun begitu, satu fenomena yang berlaku dalam kalangan saudara baru dan perlu dikaji ialah kelemahan saudara baru dalam menguasai ilmu Tajwid al-Quran walaupun mereka sudah menguasai bacaan dengan lancar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran mengenal asas dan membaca al-Quran dalam kalangan saudara baru di Kompleks Darul Hidayah Kuala Terengganu. Kajian ini adalah sebuah kajian kes yang melibatkan seramai 80 orang responden yang terdiri daripada saudara-saudara baru di kompleks tersebut. Kajian ini juga menggunakan dua jenis instrumen iaitu Inventori Ujian Pencapaian dan temu bual sebagai alat atau kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat. Inventori Ujian Pencapaian digunakan untuk mengukur sejauhmana kemahiran mengenal asas dan membaca al-Quran dalam kalangan saudara baru dari aspek kemampuan mereka mengenal dan menyebut huruf-huruf Hijaiyyah, penguasaan dalam hukum Tajwid, dan kelancaran (kefasihan) dalam membaca Surah al-'Asr atau beberapa kalimah pilihan daripada buku Iqra' (1 – 6). Temu bual yang dijalankan adalah berbentuk temu bual semi struktur. Data-data yang diperolehi daripada ujian inventori ini diproses secara Statistik Deskriptif dengan menggunakan perisian Statistik SPSS versi ke-20.0. Berdasarkan kepada dapatan kajian, didapati seramai 59 orang responden (73.8%) telah mampu menulis dan memperolehi markah penuh bagi Ujian Inventori Pencapaian Tahriri. Manakala, dalam Ujian Shafawi pula, hasil kajian ini mendapati seramai 71 orang responden (88.75%) telah berjaya menyebut dengan lancar (fasih) pada bahagian huruf hijaiyyah tunggal berbaris. Seterusnya, dari sudut penguasaan ilmu Tajwid pula, didapati seramai 64 orang responden (80%) berjaya menjawab dengan tepat hukum kalimah yang bertanda shaddah di dalam Ujian Inventori Pencapaian Tahriri. Seterusnya, 27 orang responden (33.8%) pula didapati mampu menguasai hukum-hukum Tajwid yang berkaitan hukum Mim Shaddah secara sempurna di dalam Ujian Shafawi berbanding hukum-hukum Tajwid lain yang mempunyai peratusan penguasaan yang lebih rendah. Justeru, kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap saudara baru perlu dipertimbangkan supaya mereka mampu menguasai dan memahami sebaiknya ilmu al-Quran dan tajwid ini. Kerjasama yang padu daripada masyarakat dan kerajaan amatlah digalakkan sebagai tanda sokongan kepada golongan saudara baru dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.,Master / Sarjana
Pages: 125
Call Number: BP131.6 .N64 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84024+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.