Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459073
Title: | Unsur-unsur pluralisme agama dalam filem-filem arahan Yasmin Ahmad |
Authors: | Syarifah Khairiah Syed Abu Bakar (P60397) |
Supervisor: | Kamarudin Haji Salleh, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Pluralism |
Issue Date: | 4-Sep-2015 |
Description: | Dewasa ini, filem dijadikan sebagai medium popular dalam menyebarkan ideologi tertentu sebagai strategi untuk melancarkan serangan pemikiran terhadap masyarakat khususnya kepada umat Islam. Namun ideologi ini diolah dalam bentuk nilai-nilai artistik dan humanistik yang boleh diterima oleh masyarakat global. Namun hakikatnya ideologi ini memberi kesan yang sangat besar kepada psikologi, emosi, cara hidup dan pemikiran masyarakat Islam. Di Malaysia, satu-satunya karyawan yang mempunyai kreativiti dan banyak menuangkan nilai-nilai artistik yang diadun dalam filem adalah Allahyarham Yasmin Ahmad.Walau bagaimanapun filem-filem beliau didakwa membawa ideologi sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama secara tersirat. Filem-filem beliau dipilih sebagai subjek kajian dalam penghasilan disertasi ini dengan memfokuskan kepada pluralisme agama. Ini kerana pluralisme agama merupakan ideologi yang sedang giat disebarkan pada masa kini dan merupakan cabaran kepada masyakarat Islam yang masih belum begitu memahami konsepnya secara meluas. Dalam pembentangan kajian ini, objektif kajian adalah untuk menjelaskan, mengenal pasti dan menganalisis unsur-unsur pluralisme agama yang terkandung dalam tiga buah filem arahan Yasmin Ahmad secara tersurat dan tersirat. Instrumen kajian menggunakan analisis kandungan dalam filem dan jenis kandungan tidak ketara melalui kaedah pemerhatian dan kaedah induktif bagi mengumpul data yang diperlukan. Pemerhatian dilakukan dengan teliti terhadap skrip dialog, watak dan babak lakonan. Manakala kaedah deksriptif dan tematik digunakan bagi menganalisis data-data yang telah dikumpulkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat elemen-elemen pemikiran pluralisme agama dalam filem-filem Yasmin Ahmad yang bercanggah dengan syariat Islam. Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami unsur-unsur pluralisme agama yang yang disebarkan melalui filem dan masing-masing perlu berperanan dalam mengekang ideologi ini daripada mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam keseluruhannya.,Master / Sarjana |
Pages: | 125 |
Call Number: | B830 .S974 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84023+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.