Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459071
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Nor Abdullah, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Nor Azizah Abdul Majid (P60383) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:41:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:41:58Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84021 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459071 | - |
dc.description | Masyarakat pada hari ini mengalami krisis keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang semakin teruk. Salah satu sebab mengapa permasalahan ini berlaku adalah kerana mereka semakin jauh daripada panduan al-Quran. Malah peratusan masyarakat Islam pada setiap peringkat umur mengalami masalah buta huruf semakin tinggi. Walaupun ramai yang membaca al-Quran tetapi gagal untuk menghayati dan memahami maksudnya secara mendalam apatah lagi merasai kemukjizatan dan keindahan gaya bahasa al-Quran. Rentetan daripada masalah ini, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji konsep dan bunyi huruf yang terdapat dalam al-Quran, mengenal pasti aspek bunyi yang boleh menghasilkan nada bunyi huruf al-Quran dan menganalisis perbezaan kesan bunyi huruf yang bernada tinggi dan bernada rendah terhadap jiwa pembaca dalam al-Ma'thurat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kepustakaan. Proses pengumpulan data menggunakan analisis dokumen, manakala data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati bunyi ayat-ayat al-Quran dalam al-Ma'thurat hampir kesemuanya mempunyai nada bunyi huruf yang tinggi. Terdapat perbezaan yang ketara antara nada bunyi huruf yang tinggi dengan nada bunyi yang rendah dari segi pengaruhnya terhadap jiwa pembaca. Nada bunyi huruf yang tinggi dapat mempengaruhi jiwa pembaca dalam bentuk memberi keyakinan, rasa pengharapan yang tinggi dan memotivasikan diri. Sebaliknya, nada bunyi huruf yang rendah boleh menenangkan jiwa pembaca, membelai perasaan dan menghilangkan stress. Namun hakikatnya, kesan yang dirasai amat subjektif dan ia sukar untuk digambarkan melainkan ia dapat dirasai oleh pembaca al-Quran yang menepati semua hukum tajwid dan aspek bunyi huruf. Selain itu, kajian ini dapat mengenal pasti aspek bunyi huruf iaitu tekanan suara, makhraj, sifat huruf, tanda baris, hukum tajwid dan al-fasilah sangat berperanan dalam menentukan nada bunyi sehingga membentuk irama yang sangat indah. Kajian ini dapat mendedahkan rahsia-rahsia bunyi huruf al-Quran kepada masyarakat dan pusat rawatan Islam yang boleh mempengaruhi jiwa dan penawar bagi permasalahan hidup manusia.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | al-Ma'thurat | |
dc.subject | al-Quran | |
dc.subject | Arabic language - Phonology. | |
dc.title | Analisis bunyi huruf al-Quran dalam al-Ma'thurat | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 166 | |
dc.identifier.callno | PJ6696.Z5 P487 2015 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84021+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.