Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459069
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md. Nor Bin Abdullah, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Dinie Safinah Daud (P53164) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:41:54Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:41:54Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84011 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459069 | - |
dc.description | al-Isticarah dan metafora merupakan dua elemen majas atau bahasa kiasan yang cukup penting dan tinggi nilainya dalam kedua-dua bahasa; bahasa Arab dan bahasa Melayu. Sebahagian ahli bahasa dan sastera menyamakan al-Isticarah dalam bahasa Arab dengan metafora dalam bahasa Melayu. Namun pada hakikatnya kedua-duanya bukan merupakan sesuatu yang sama walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan, kerana wujudnya perbezaan antara kedua-duanya. Kajian ini bertujuan mengkaji aspek persamaan dan perbezaan antara al-Isticarah dalam bahasa Arab dengan metafora dalam bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama: pertama, pengumpulan data tentang al-Isticarah dalam bahasa Arab; kedua, pengumpulan data berkaitan metafora dalam bahasa Melayu dan ketiga, analisis bandingan antara al-Isticarah dalam bahasa Arab dengan metafora dalam bahasa Melayu. Kajian ini menunjukkan wujudnya aspek persamaan dan perbezaan di antara al-Isticarah dengan metafora dalam beberapa aspek, terutamanya dari aspek definisi, pembahagian dan tujuan penggunaan kedua-duanya. Kajian ini juga mendapati metafora dalam bahasa Melayu adalah lebih umum berbanding al-Isticarah dalam bahasa Arab. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa al-Isticarah hanya merupakan salah satu topik perbincangan dalam metafora dalam bahasa Melayu di samping beberapa topik lain. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa al-Isticarah dan metafora memberi implikasi khususnya dari segi elemen penting dalam mengindahkan bahasa, menguatkan sesuatu makna serta memahami makna yang tersirat di sebalik sesuatu perkataan atau ayat, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Al-Isiti'arah | |
dc.subject | Metafora Bahasa Melayu | |
dc.subject | Arabic language - Rhetoric | |
dc.title | Kajian al-isiti'arah dalam Bahasa Arab dengan metafora dalam Bahasa Melayu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 138 | |
dc.identifier.callno | PJ6161.S588 2015 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84011+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.