Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459068
Title: al-Jumlah al-fi'liyyah dalam surah al-Isra':analisis morfologi, sintaksis dan semantik
Authors: Izuddin Muhammed (P62522)
Supervisor: Md. Nor bin Abdullah, Dr
Keywords: Morfologi al-Quran
Semantik
Qur'an. Surat al-Isra'
Issue Date: 1-Apr-2015
Description: Kajian aspek morfologi, sintaksis dan semantik dalam al-Quran amat penting kerana ia mampu menjelaskan kemukjizatan al-Quran. Namun begitu, masih terdapat banyak surah dalam al-Quran yang belum dikaji secara mendalam dalam aspek tersebut. Kajian ini mengetengahkan Surah al-Isrā’ sebagai dokumen kajian kerana surah ini sebahagian besar didominasi oleh ayat kerjaan dan sesuai untuk dikaji dari segi morfologi, sintaksis dan semantik. Objektif kajian adalah untuk mengkategorikan ayat kepada jumlah mengikut jumlat al-khabar dan jumlat al-inshā’ dari aspek makna dan disiplin tatabahasa. Kajian juga memfokuskan kepada analisis petunjuk masa kata kerja dan dilālat al-taqdīm wa al-ta’khīr. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan pendekatan analisis data secara deskriptif. Sebanyak 106 ayat daripada keseluruhan 111 ayat dalam surah ini telah dipilih sebagai data kajian. Data yang telah dikenal pasti dianalisis secara bersepadu melalui disiplin morfologi, sintaksis dan semantik. Dapatan kajian daripada aspek tatabahasa menunjukkan penggunaan ayat al-khabar lebih dominan daripada penggunaan ayat al-inshā’. Kepelbagaian ragam ayat yang meliputi ayat tanpa penafian, ayat penafian dan ayat pengukuhan telah membentuk ayat al-khabar dalam surah ini. Bentuk ayat al-inshā’ yang digunakan pula ialah ayat perintah, ayat suruhan, ayat tanya, ayat seruan dan ayat sharṭ. Selain itu, penggunaan kata kerja transitif juga dikenal pasti lebih banyak penggunaannya berbanding dengan penggunaan kata kerja tak transitif. Melalui analisis dilālah ṣarfiyyah, didapati petunjuk masa kata kerja dapat dikenali berdasarkan bentuk setiap kata kerja yang digunakan terutama dalam konteks ayat (siyāq). Seterusnya, sebanyak 10 ayat telah diketengahkan dalam perbincangan tentang isu aal-taqdīm wa al-ta’khīr untuk tujuan pengaplikasian terhadap hasil analisis dilālah naḥwiyyah. Fenomena mendahulukan dan menganjakkan pelaku atau objek dilihat begitu signifikan dalam pembentukan ayat-ayat kerjaan, khususnya dalam Surah al-Isrā’. Implikasi kajian mencadangkan kajian lanjutan terhadap Surah al-Isrā’ diperluas kepada aspek lain seperti analisis ayat namaan, aspek balaghah dan semantik. Justeru, kepelbagaian ragam dan jenis ayat dalam surah ini menggambarkan bahawa bahasa Arab tersusun dengan begitu menarik dan kreatif dalam al-Quran, khususnya untuk mencapai matlamat penyempurnaan seruan dan perintah Allah SWT kepada umat manusia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 178
Call Number: PJ6145.I98 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84001+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.